Search This Blog

Monday, May 30, 2016

BERCAKAP DENGAN BINATANG

Imam mahdi memiliki keramat untuk bercakap dan memahami binatang. Pernah bercakap dengan binatang dan mendapati bahawa binatang sebenarya tidak tahu apa-apa. Dan kekeramatan seperti itu tidaklah mempunyai manfaat yang besar.

Tiada faedahnya menyibuk dengan masalah binatang sedangkan masalah manusia sendiri sangat banyak dan tidak habis-habis, Biarlah binatang dengan dunia mereka dan manusia dengan dunia manusia.

 

KEDAJALAN DAN KENABIAN

Adakah sama antara kedajalan dan kenabian. Nabi Muhammad berkata bahawa dajjal membawa fitnah, sedangkan nabi-nabi juga membawa fitnah terutamanya kematian umat manusia dalam jumlah yang besar.  Buktinya setiap kali nabi-nabi baharu muncul akan ada peperangan dan kematian kepada umatnya. Begitu juga dengan imam Mahdi membawa kematian besar-besaran.

Nabi muhammad juga berkata dajjal adalah pembohong besar. Tetapi nabi-nabi juga berbohong untuk mrncapai agenda mereka. Comtohnya nabi Muhammad menyatakan bahawa semasa zaman nabi Musa, Samiri yang merupakan pengikutnya membina lembu emas untuk disembah, tetapi lembu emas sebenarnya dibina oleh nabi Musa semdiri untuk disembah. pembohongan ini berlaku kerana nabi Muhammad mahu menukarkan dari tuhan yang boleh dilihat kepada tuhan yang tidak boleh dilihat. Nabi Muhammad juga mempergunakan para sahabat agar islam boleh tersebar dengan menyatakan mati syahid masuk syurga. Para sahabat pun berperanglah dengan harapan agar mati syahid, tetapi mereka tidak mati-mati dan terus berperang dalam banyak peperangn hingga islam tersebar luas, hanya sebilangan kecil saja syahid berperang yang lain tidak.

Sebenarnya kedajalan dan kenabian adalah perkara yang sama. Nabi maksum dan bermukjizat dan dajjal juga maksum dan bermukjizat.

Sebenarnya tiada kedajalan dalam dunia ini kerana mereka semua hanyalah hamba tuhan yang berjalan dengan takdir dan kehendak tuhan. Imam Mahdi bukan Dajjal dan si raja yahudi bermata sebelah juga bukan dajjal.KITA SEMUA CUMALAH HAMBA TUHAN..


 

Tuesday, May 17, 2016

ADAKAH IMAM MAHDI JUGA BOLEH DIKATAKAN SEBAGAI DAJJAL?



Ketika imam Mahdi menyerang dunia dia adalah dalam bentuk manusia bersaiz gergasi yang sangat besar. Memijak manusia dan memusnahkan separuh tamadun manusia. Dan ketika dia cuba memusnahkan  Israel dia di halang oleh manusia gergasi bermata satu (sebelah mata) bersaiz dua kali lebih besar yang membentang bendera Israel di udara dan menyebabkan orang palestin berbaik semula dengan orang yahudi dan mengikuti raja baharu mereka iaitu lelaki bermata satu yang membentangkan bendera Israel di udara. Dajjal dan imam Mahdi boleh mengubah saiz badan mereka dan menjadi besar atau bersaiz manusia biasa.

Jika imam Mahdi gergasi yang memusanahkan tamadun manusia dikatakan sebagai dajjal juga lalu di mana imam Mahdi sebenar (jika ada dan boleh) menghalang gergasi imam Mahdi yang dikatakan dajjal itu. Tiada sesiapa pn menghalang gergasi imam Mahdi dari membunuh semua bangsa di dunia kecuali orang melayu dan Yahudi. Di Malaysia imam Mahdi tidak memusnahkan bangunan dan peradabannya kerana mahu mula memerintah dunia dari situ. Dan  Israel tidak dimusnahkan kerana dihalang oleh lelaki bermata satu itu.


Tentulah gergasi yang menyerang dan memusnahkan dunia itu adalah imam Mahdi sebenar kerana mahu menguasai dunia dan membina dunia baharu  untuk memerintahnya. DIA  BUKANNYA DAJJAL KERANA MANUSIA YANG DI BUNUHNYA SEMUA MASUK SYURGA. DAJJAL TIDAK BOLEH MEMASUKKAN MANUSIA KE DALAM SYURGA!!!!.





Wassalam.

Monday, May 16, 2016

HUBUNGAN SEKS BOLEH MENGHILANGKAN IBLIS DAN KOTORAN BATIN

Hubungan seks suami isteri boleh menghilangkan dan membuang kotoran batin dan juga iblis yang melekat pada batin manusia. Ia adalah rahsia yang tidak diketahui manusia pada masa ini dan bukan sekadar menghasilkan anak sahaja.

 Sebab itu orang yang telah diserapi iblis atau memiliki ilmu raja iblis tidak suka melakukan hubungan seks kerana takut menjadi lemah kerana iblis dalam badan mereka terhakis kerana iblis itu memberi kekuatan pada mereka. Mereka gemar mengumpul lebih banyak kotoran batin dalam batin dan badan mereka.