Search This Blog

Monday, May 28, 2012

HADIS-HADIS MENGENAI IMAM MAHDI

HADIS-HADIS NABI MUHAMMAD MENGENAI IMAM MAHDI



Hadis mengenai imam Mahdi adalah hadis mutawatir di mana ia diriwayatkan oleh 33 orang sahabat. Walau pun dalam sohih Bukhari dan Muslim tidak dijelaskan tentang imam Mahdi secara terang di mana ia hanya disebut sebagai imam, pemimpin yang soleh tetapi dalam banyak hadis daripada perawi yang lain seperti Ibnu Majah, Tirmizi, Abu Daud dan selain mereka maka ia disebut secara jelas tentang imam Mahdi melalui hadis sohih dengan sanad yang sohih.

Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi

Telah bersabda Rasululah s.a.w, “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)

Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya bumi dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis. Hadith riwayat At-Tabarani. 



Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim dan Ahmad daripada Jabir bin Abdullah di mana dia telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :“Sentiasa ada segolongan daripada umatku yang berjuang atas jalan kebenaran secara berterus terang sehingga hari qiamat. Sabdanya lagi : Lalu turunlah nabi Isa bin Maryam maka berkatalah pemimpin daripada kalangan mereka (imam Mahdi) : Silalah bersembahyang bersama kami sebagai imam. Lalu sabda Nabi Isa : Tidak! Sesungguhnya di kalangan kamu menjadi pemimpin sebagai suatu penghormatan terhadap umat ini.”

Hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad daripada Abi Said al-Khudri telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Akan lahir dalam umatku Mahdi sekiranya dipanjangkan umurnya atau pendek maka beliau akan hidup selama tujuh atau lapan atau sembilan tahun di mana akan dilimpahi muka bumi ini kesaksamaan dan keadilan, keluar tumbuh-tumbuhan daripada bumi dan turunnya hujan dari langit.”
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim daripada Ummu Salamah telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Mahdi daripada keturunanku daripada anak Sayyidatina Fatimah.”

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad).

Rasulullah saw berkata,"Al-Mahdi akan muncul dalam umatku. Dia akan muncul selama sedikitnya 7 tahun dan paling banyak 9 tahun. Umatku akan mengalami perasaan yang tidak dialami sebelumnya. Akan terjadi limpahan makanan, yang tidak perlu disimpan sama sekali, harta pada saat itu berlimpah, sehingga jika seorang manusia meminta Mahdi, dia akan berkata: "Ini, ambil" (Ibn Majah).



Hudzaifah berkata: Rasulullah saw bersabda: “Mahdi adalah putraku yang wajahnya seperti bintang kejora”.
Dari Hudzaifah ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “Mahdi adalah putraku yang wajahnya seperti bintang kejora, warana kulitnya seperti warna kulit orang Arab, dan badannya seperti badan orang Israel (Yahudi) yang akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana telah dipenuhi oleh kezaliman, penduduk langit akan rela atas kepemimpinannya, dan begitu juga burung di angkasa, di mana beliau akan memerintah selama dua puluh tahun”.

Dari Makhul dari imam Ali bin Abi Thalib as bersabda: “aku berkata wahai rasulullah! Apaka Mahdi termasuk dari kita (keluarga Muhammad saw) atau selain dari keluarga kita? Maka Rasulullah saw bersabda: tidak, Mahdi adalah termasuk dari keluarga kita, Allah SWT akan mengakhiri agamanya melalui perantara kita sebagaimana Allah telah membukanya melalui perantara kita, dengan kita mereka terselamatkan dari fitnah atau cobaan sebagaimana mereka juga telah terbebas dari belengu kemusrikan berkat kita, dengan kitalah hati-hati manusia menjadi lunak setelah dialanda kerasnya permusuhan, dengan kitalah manusia yang dulunya bersengketa menjadi saling kasih dalam ikatan persaudaraan”.

Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata, "Pada suatu hari tubuh Rasulullah s.a.w. bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?' Rasulullah s.a.w. menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah untuk memburu seorang laki-laki quraisy yang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?' Beliau menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah s.w.t. akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka masing-masing.'" (HR. Bukhary, Muslim).

Untuk mengetahui siapa imam Mahdi sebenar lawatilah http://imam-mahdi.zxq.net atau lihat post lain di blog ini.


AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Friday, May 11, 2012

RAHSIA HUBUNGAN SEKS


RAHSIA BATIN PERSETUBUHAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG TIDAK DIKETAHUI OLEH UMAT ZAMAN INI



Persetubuhan banyak hikmahnya sama ada dari segi fizikal, mental dan spiritual. Tetapi rahsia spiritualnya tidak diketahui oleh manusia zaman ini. Dari segi fizikal ia boleh menghasilkan anak dan menjadikan badan lebih sihat. Dari segi mental ia boleh memberikan ketenangan mental dan menghilangkan tekanan dan stress yang disebabakan oleh tekanan hawa nafsu dan juga tekanan kerja dan tekanan kehidupan seharian.

Persetubuhan dari segi batin atau spiritual pula ia boleh menghilangkan neraka dalam badan manusia (dalam batin dan tulang belakang). Bukankah selepas bersetubuh seseorang itu merasa badannya lebih tenang dan sejuk, ini adalah kerana kepanasan neraka yang disebabkan oleh tekanan hawa nafsu dan juga neraka yang wujud secara tidak langsung telah hilang akibat dari pancutan mani semasa persetubuhan. Neraka yang wujud dalam badan manusia adalah akibat daripada beberapa sebab antaranya ialah tekanan nafsu yang tidak dilepaskan, tekanan perasaan, kemarahan, perbuatan seseorang yang menyakitkan perasaan dan batin seseorang dan beberapa perkara lagi. Jika ia tidak dihapuskan atau dihilangkan ia akan mendorong seseorang itu melakukan keganasan dan kerosakan untuk melepaskan perasaan mereka, oleh itu dengan persetubuhan semua tekanan akan dapat dilepaskan dan dihilangkan. Nabi Muhammad menyatakan dalam hadisnya bahawa apabila seseorang itu berkahwin maka dia telah mendapat separuh agama, maksudnya ialah mereka akan mendapat syurga(kesejukan akibat hilangnya nereka badan) dalam badan mereka kerana mereka telah mendapat persetubuhan. Maka dengan itu sifat mereka menjadi lebih baik dan ‘sejuk’ berbanding mereka yang belum atau tidak berkahwin. 


Selepas persetubuhan juga mereka akan merasa batin mereka lebih bersih dan segar serta baharu kerana kekotoran dan kekusutan dunia yang melekat akibat dati aktiviti seharian yang dilalui telah tanggal dari baitn dan roh mereka dan dalaman mereka. Itulah fungsi batin bersetubuhan yang tidak diketahui umum atau telah hilang ilmunya akibat dari peredaran zaman.

Jika seseorang itu tidak mendapat manfaat dari segi batin selepas persetubuhan bermakna mereka mempunyai masalah batin yang perlu diuruskan atau diubati.

Untuk artikel lain pergi ke older or newer post  atau ke imam-mahdi.zxq.net





AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Wednesday, May 9, 2012

SEJAUH MANAKAH FATWA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN YANG MENGHUKUM PERHIMPUNAN YANG TIDAK BERNIAT BAIK (BERSIH 3.0) ADALAH HARAM ADALAH BENAR?

Adakah fatwa dikeluarkan oleh majlis fatwa adakah benar-benar bebas dan tidak dipengaruhi oleh kerajaan? Dan sejauh manakah kebolehpercayaan dan boleh dipakai dan diterima fatwa tersebut? Perkara inilah yang akan dibincangkan di sini hari ini.

Pertama sekali kebanyakan fatwa yang dikeluarkan adalah mengikut dasar dan kehendak kerajaan. Dengan ini fatwa itu tidak bebas dan hanya demi kepentingan dasar kerajaan dan ia boleh dipertikaikan. kebanyakan fatwa yang dikeluarkan adalah menghukum haram. Sebanyak manakah haramnya perkara tersebut? Jika haram apakah hukumannya di akhirat kelak? Berapa lamakah akan duduk dalam neraka (seribu tahun atau sejuta tahun?) untuk dihukum dan berapakah lama akan dibeduk atau dipukul malaikat. Dalam islam jika haram akan ada hukumannya yang disebut atau diterangkan yang akan diterima di akhirat kelak. Jika mengatakan haram sahaja tanpa hukuman di akhirat kelak maka pengharaman perkara tersebut adalah tidak jelas dan tidak sah dan mungkin hanya untuk  kepentingan duniawi sahaja dan bukan hukum islam sebenar!! Sesuatu hukum dalam islam adalah untuk dunia dan akihirat tetapi jika hanya untuk dunia sahaja maka ia bukannya hukum sebenar dan tidak sah!!

Sejauh manakah para ulama mendokong dan mengagungkan islam jika hukum fatwa mereka hanyalah untuk kepentingan kerajaan sahaja. Maka mereka tidak layak dipanggil ulama sebenar!! Sedangkan tugas ulama sebenar adalah memelihara islam dan mempertahankannya sebagai pewaris para nabi.

Jika ulama yang mengeluarkan fatwa bahawa Bersih 3.0 dan lain-lain perkara yang baru yang telah diharamkan, maka saya cabar untuk menyatakan hukuman yang akan dikenakan ke atas mereka di akhirat kelak jika mereka benar-benar ikhlas mengeluarkan hukum!!! 

Lihat artikel lain di blog ini atau lawati atau http://imam-mahdi.zxq.net 


AL MAHDI AL MUNTAZAAR