Search This Blog

Friday, February 28, 2014

AGAMA ZAMAN BAHARU (New age religion)


 
 
Islam Zaman Baharu

Islam zaman baharu adalah lanjutan dari agama nabi Muhammad tetapi telah diubah beberapa perkara di dalamnya. Sembahyang wajib lima waktu akan dimansuhkan dan hanya tinggal sembahyang maghrib sahaja dan rakaatnya pula telah dipendekkan kepada 2 atau 1 rakaaat sahaja. Sembahyang wajib yang lain hanya menjadi sunat serta rakaatnya hanya 2 atau 1 dan sembahyang sunat pula dimansuhkan. Bacaan sembahyang pula adalah dalam bahasa melayu. Sembahyang dimansuhkan dan dipendekkan rakaatnya kerana pada masa hadapan waktu berjalan terlalu cepat dan tidak sempat untuk melakukan kelima-lima waktu sembahyang kerana menjadi terlalu berat bagi manusia di masa hadapan.

Puasa pula dimansuhkan kerana tidak ada yang perlu di ambil iktibar kerana tiada lagi orang yang kelaparan di masa hadapan kerana semuanya adalah percuma. Puasa hanya menjadi sunat sahaja.

Zakat pula tidak perlu dikeluarkan kerana hampir semua manusia di zaman hadapan tiada wang untuk dibelanjakan tetapi tiada pula orang yang miskin atau fakir kerana semua keperluan mereka di tanggung oleh Imam Mahdi dan kerajaannya.

Haji juga tidak dapat dilakukan kerana kaabah telah diruntuhkan.

Tiada lagi penguatkuasaan undang-undang islam atau sivil di zaman hadapan dan manusia tidak lagi terikat dengan undang-undang tetapi mereka tidaklah pula melakukan banyak jenayah kerana tiada lagi tekanan atau kesempitan hidup.

Ilmu agama yang mendalam lebih dari apa yang ada sekarang adalah menjadi rahsia orang-orang yang bersembahyang sahaja dan manusia yang lain akhirnya tidak tahu apakah itu agama. Dalam tempoh seribu tahun islam zaman baharu akan hilang lenyap kerana pengamalnya dibunuh oleh Imam Mahdi secara berjadual hingga tiada lagi orang yang bersembahyang pada ketika hampirnya peperangan dengan Dajjal.

Islam semua manusia di zaman hadapan adalah islam cahaya kewalian. Asas kepada semua agama yang pernah lahir di dunia dari zaman nabi Adam hingga ke zaman nabi Muhammad dan hari ini.




Kristian Zaman Baharu


Ia hanyalah agama batin (cahaya kewalian) dan tiada amalan zahir. Tidak pula menyembah salib atau pergi ke gereja. Hanya hidup menunggu mati tanpa melakukan apa-apa amalan khusus. Mereka menjalani hidup seperti biasa (makan, minum dan berehat) sehinggalah mereka mati. Kebanyakan manusia di zaman hadapan adalah beragama kristian zaman baharu yang berprinsip HIDUP MENUNGGU MATI.
 
 
 
AL MAHDI AL MUNTAZAAR

1 comment:

Anonymous said...

AGAMA ZAMAN BARU... Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS keduanya telah wafat. Makanya Agama Zaman Baru tidak ada langsung kena mengena dgn Yahudi atau Kristian lagi. Sejak Islam yg dibawa melalui lidah Nabi Muhammad SAW, maka 2 Agama Samawi iaitu Yahudi dan Kristian telah terbatal dgn sendirinya. Maka tinggallah agama yg diredhoi disisi-Nya Allah adalah AlIslam. Namun Islam diAkhir Zaman telah jadi rojak cacar marba dilanda Fitnah Dajjal AlMasikh, telah terpecah terbelah antara Syiah dan Sunni (ASWJ)..

A NEW WORLD RELIGION... Nostradamus Prophecy ada meramalkan, dgn kedatangan Imam AlMahdi Sejati, satu agama baru akan mendominasi agama dunia. Maka Syiah dan Sunni (ASWJ) keduanya telah ribuan tahun tersesat melarat, akan dihapuskan ditumbangkan oleh Zulqarnaen. Maka agama Islam yg tinggal yg paling diredhoi disisi Allah adalah AGAMA ALMAHDI.. Apakah bentuk Agama Islam yg dibawakan yg dinamakan AGAMA ALMAHDI itu...??? Carilah dulu Sang Maharaja Wali dan tanyalah Zulqarnaen nanti kalian akan diberitahu...