r1

Search This Blog

Thursday, August 13, 2026

ANUGERAH KERAMAT

 Tuhan menganugerahkan pelbagai jenis kekeramatan kepada orang tertentu dan terpilih melalui beberapa cara melalui imam Mahdi.


Ada orang mendapat kekeramatan apabila berselisih di jalanraya  dengan  imam mahdi, ada yang mendapat kekeramatan apabila sedang berbual atau duduk makan semeja dengan imam Mahdi, ada juga mendapat kekeramatan apabila bersembahyang berjamaah dengan imam Mahdi.


jika telah berlaku semua perkara di atas dan masih belum mendapat anugerah keramat tersebut mungkin belum masanya anda dapat atau memang tiada apa-apa untuk anda di masa ini. 


Mungkin di zaman baharu ada sesuatu untuk anda atau anda hanya akan mati dan dimasukkan ke syurga menyertai penduduk syurga yang lain oleh imamMahdi....




Sunday, August 2, 2026

AKHIR ZAMAN PERTAMA

Selepas tahun 1998 dunia telah memasuki fasa akhir zaman pertama dan semua manusia adalah ahli neraka walaupun bayi yang baru lahir dan juga imam Mahdi dizahirkan kepada sebilangan kecil pengikutnya pada permulaan fasa ini.

Tuhan memberi kepada imam Mahdi kuasa terbesar iaitu boleh memasukkan manusia ke syurga dengan beberapa cara dan memberinya pilihan untuk memasukkan manusia ke syurga atau membiarkan manusia masuk neraka.

Imam Mahdi masih memilih memasukkan manusia dari semua jenis agama ataupun tidak beragama ke dalam syurga  walaupun usahanya sentiasa diuji dengan ujian kiamat.