Search This Blog

Wednesday, January 25, 2017

MATI HIDUP SEMULA

Nabi-nabi sebelum  nabi Muhammad tidak membenarkan pengikut mereka berperang melawan orang-orang  yang menentang ajaran mereka. Lalu mereka sama ada melarikan diri ke tempat lain atau dibunuh oleh musuh-mussuh mereka.Satu-satunya nabi yang mengajar pengikutnya berperang ialah nabi muhammad yang mengajarkan tentang mati syahid.

Imam mahdi tidak mengajarkan berperang dengan musuh kepada pengikut dan juga tidak mengajarkan berperang untuk mati syahid. Pengikut imam Mahdi tidak berperang dengan musuh atau orang-orang yang mahu menentang mereka, cukuplah imam Mahdi seorang yang berperang. Tetapi imam mahdi mengajarkan mati hidup semula kepada pengikutnya. Pengikutnya tidak berperang dengan musuh tetapi mereka berperang sesama mereka sendiri akibat perselisihan faham antara mereka mengenai imam Mahdi. Apabila mati berbunuhan antara satu sama lain mereka akan berjumpa tuhan dan tuhan akan menyuruh mereka kembali ke dunia setelah menjawab persoalan mereka.


Sunday, January 8, 2017

PENYELAMAT SEPERTI YANG DIRAMAL

Banyak ajaran agama dari nabi nabi terdahulu meramalkan tentang penyelamat yang akan datang di akhir zaman. mereka menyatakan walaupun ada antara umat mereka yang ingkar akan ajaran mereka dan akhirnya masuk neraka tetapi nanti ada penyelamat yang lahir di akhir zaman yang akan menyelamatkan mereka dari neraka.

Perkara ini telah pun berlaku.Tuhan telah bertanya kepada imam mahdi sama ada hendak membebaskan ahli neraka atau tidak dan imam Mahdi telah berkata bebaskan mereka. Dengan kuasa kun fa yak kun yang telah diberikan kepada imam Mahdi seluruh neraka telah runtuh dan dan membebaskan manusia ahli neraka dari neraka masuk ke syurga. Tetapi neraka terdiri semula selepas itu menanti mangs baharu. Semua manusia ahli neraka dari awal manusia wujud hingga ke tahun 1998 semuanya kini berada di syurga.

Itu hanyalah baharu sekerat jalan perjalanan. Perjalanan masih jauh dn amat sukar untuk menyelamatkan manusia semuanya.