Search This Blog

Thursday, June 22, 2023

PROGRAM MANUSIA DAN ALAM SEMESTA

Alam semesta adalah program ALLAH MAHA BESAR yang terbesar dan manusia dan makhluk lain adalah program-program kecil di dalam alam semesta. Program alam semesta boleh diandaikan seperti program komputer MICROSOFT  WINDOWS yang menjalankan program-program kecil di dalamnya yang boleh diandaikan seperti manusia dan makhluk lain. NPC (non playable character) pula boleh dianalogikan seperti binatang-binatang yang banyak melata di muka dunia.


Program alam semesta ini dipanggil PROGRAM  ALLAH. Sebab itu ada ayat Al-quran yang menyatakan bahawa Allah lebih dekat dari urat leher kamu kerana Allah adalah program yang mendirikan kita semua seperti program WINDOWS yang mendirikan semua program lain kerana tanpa WINDOWS tidak mungkin semua program lain dapat dijalankan. Tanpa Allah kita semua tidak wujud.. Allah di dalam alam adalah satu sistem .Sebab itu Allah Maha mengetahui..Seperti sistem WINDOWS yang mengetahui apa yang berlaku di dalam sesebuah computer. Antara program yang diprogramkan ke dalam manusia adalah bakat mereka dan takdir mereka.

Alam semesta, ruang Dan waktu Dan semua makhluk hanyalah seperti pixel di dalam skrin computer ataupun smartphone.

Sebab itu tuhan memberi ilham kepada manusia mencipta komputer untuk memberitahu manusia....




Saturday, June 10, 2023

PERJANJIAN DI ALAM ROH

 Setiap roh manusia ketika berada di alam roh  pernah berjanji dengan roh-roh manusia lain yang berjanji akan hidup bersama apabila lahir di dunia nanti yang mana mereka adalah jodohnya.


Setiap roh berjanji dengan banyak roh-roh lain untuk hidup bersama. imam mahdi(nur muhammad) paling banyak berjanji dengan roh-roh lain begitu juga roh-roh lain berjanji dengannya.


Oeh itu jodoh seseorang lelaki dan perempuan itu adalah banyak ketika berada di dunia dan bukanya seorang sahaja.Cuma kita sahaja yang tidak ingat perjanjian antara roh-roh ini apabila kita lahir di dunia.


Perjanjian antara roh ini juga menyumbang kepada gejala gay dan lesbian kerana bagi seorang yang lahir ke dunia sebagai lelaki mungkin bertemu dengan roh yang pernah berjanji dengannya yang juga lahir sebagai lelaki, walau bagaiana pun mungkin ada roh lain yang pernah berjanji dengannya yang lahir sebagai perempuan. begitu juga dengan seseorang yang lahir sebagai perempuan, mungkin ada roh-roh yang pernah berjanji dengannya yang lahir ke dunia sebagai perempuan ataupun lelaki.







Thursday, June 8, 2023

PEREBAKKAN BATIN RAJA IBLIS

 Orang-orang yang ada ilmu/batin raja iblis boleh menjangkitkan raja iblisnya kepada orang lain. Cara pertama adalah dengan membuat batin oang lain. Cara kedua adalah jika orang raja iblis itu lelaki, jika dia mensetubuhi perempuan, raja iblisnya akan menjangkiti perempuan tersebut, walaupun hanya sekali mereka bersetubuh. jika raja iblis itu perempuan, ia akan menjangkiti lelaki yang mensetubuhinya.walaupun hanya sekali mereka bersetubuh.Jika raja iblis lelaki meliwat lelaki, ia juga akan menjangkiti lelaki yang diliwatnya begitu juga sebaliknya.