Search This Blog

Thursday, June 22, 2023

PROGRAM MANUSIA DAN ALAM SEMESTA

Alam semesta adalah program ALLAH MAHA BESAR yang terbesar dan manusia dan makhluk lain adalah program-program kecil di dalam alam semesta. Program alam semesta boleh diandaikan seperti program komputer MICROSOFT  WINDOWS yang menjalankan program-program kecil di dalamnya yang boleh diandaikan seperti manusia dan makhluk lain. NPC (non playable character) pula boleh dianalogikan seperti binatang-binatang yang banyak melata di muka dunia.


Program alam semesta ini dipanggil PROGRAM  ALLAH. Sebab itu ada ayat Al-quran yang menyatakan bahawa Allah lebih dekat dari urat leher kamu kerana Allah adalah program yang mendirikan kita semua seperti program WINDOWS yang mendirikan semua program lain kerana tanpa WINDOWS tidak mungkin semua program lain dapat dijalankan. Tanpa Allah kita semua tidak wujud.. Allah di dalam alam adalah satu sistem .Sebab itu Allah Maha mengetahui..Seperti sistem WINDOWS yang mengetahui apa yang berlaku di dalam sesebuah computer. Antara program yang diprogramkan ke dalam manusia adalah bakat mereka dan takdir mereka.

Alam semesta, ruang Dan waktu Dan semua makhluk hanyalah seperti pixel di dalam skrin computer ataupun smartphone.

Sebab itu tuhan memberi ilham kepada manusia mencipta komputer untuk memberitahu manusia....




No comments: