Panji-panji hitam adalah
bendera kerajaan dunia imam Mahdi. Pada masa hadapan dunia hanya ada
satu bendera sahaja. Panji-panji hitam di laman web ini adalah panji
hitam sementara yang dalam proses pembinaan, panji hitam sebenar tidak
jauh dari konsep panji hitam sementara tersebut dengan konsep yang
hampir sama, Cuma ia perlu di bina dengan lebih teliti dan bergaya
melambangkan kerajaan baru yang lebih moden dan canggih.
Makna lambang-lambang di panji hitam:
1) Pedang berukir dengan perkataan “KERAJAAN AL MAHDI”
bermaksud kerajaan imam Mahdi dibina dan ditegakkan dengan pedang.
Tangkai pedang putih adalah ia ditegakkan berpegang kepada agama dan
suruhan tuhan. Cahaya merah ditangkai kerana ia menumpahkan darah. Bilah
berwarna hijau adalah lambang agama dan cahaya putihnya adalah
kesucian.
2) Bulan sabit dan tiga bintang adalah lambang agama Islam Zaman Baharu yang harmoni dengan Kristian Zaman Baharu.
3) Empat garis ombak
melambangkan darah yang ditumpahkan (merah) di atas sebab agama (hijau)
berdasarkan ke’ raja’ an (kuning) di atas perintah tuhan (putih).
4) Latar belakang bendera yang hitam
adalah melambangkan hawa nafsu tuhan yang ditumpahkan dengan banyaknya
ke atas manusia pada zaman hadapan dan dihalalkan tuhan dan kerajaan
syurga imam Mahdi yang dipenuhi dengan kekuasaan tuhan.
1 comment:
Warna hitam lambang mati, China bilang warna sei.... Kelambu Kaabah jugak warna hitam, warna hijau akan diganti setelah bangkit Imam Mahdi...
Post a Comment