Ramai juga para pengikut imam Mahdi yang telah tua meninggal
dunia akibat pelbagai penyakit. Kerajaan
batin imam Mahdi telah berusia 16 tahun dan ramai juga pengikutnya telah
bersama-samanya telah meninggal dunia. Persoalannya, mereka masuk syurga atau
neraka apabila mati? Jawapannya mudah sahaja. Semua manusia pada ketika ini apabila mati
masuk neraka walaupun dia seorang nabi. Tetapi imam Mahdi boleh
memasukkan pengikutnya yang mati ke syurga, tetapi dia tidak berbuat demikian
kerana mahu menghidupkan pengikutnya yang telah mati semula apabila tiba
masanya kelak. Kerana mereka masih diperlukan di dunia. Mereka akan dipanggil
balik ke dunia dari neraka sebelum hari perkahwinan imam Mahdi. Jika imam Mahdi
memasukkan mereka ke syurga pada hari mereka meninggal dunia, mereka tidak akan
mahu lagi kembali ke dunia. Buat apa bersusuah-payah di dunia sedangkan mereka
boleh bersenang-lenang di syurga.
Meraka yang kembali ke dunia dari neraka akan membawa kisah
dan cerita dari neraka. Cerita tentang keadaan, suasana, siksaan yang mereka
lalui dan orang lain lalui yang bergantung kepada darjat seseorang. Jika telah melalui sendiri dan merasa baru ia
jelas dan nyata.
IMAM AL MAHDI AL MUNTAZAAR
2 comments:
Hahaha... Seperti Abuaya dah mati sebelum bangkit kerajaan Mahdi Arkam Syeikh Suhaimi. La ni Abuaya dok tersungkok dipintu syurga. La ni Abuaya dok syok kegelian hingga tertirap digomoili ribuan bidadara...
Bidadari la ...abuya tu hero...bukan hero 2 alam..He he he
Post a Comment