Islam zaman
baharu adalah lanjutan dari agama nabi Muhammad tetapi telah diubah beberapa
perkara di dalamnya. Sembahyang wajib lima waktu akan dimansuhkan dan hanya
tinggal sembahyang maghrib sahaja dan rakaatnya pula telah dipendekkan kepada 2
atau 1 rakaaat sahaja. Sembahyang wajib yang lain hanya menjadi sunat serta
rakaatnya hanya 2 atau 1 dan sembahyang sunat pula dimansuhkan. Bacaan
sembahyang pula adalah dalam bahasa melayu. Sembahyang dimansuhkan dan
dipendekkan rakaatnya kerana pada masa hadapan waktu berjalan terlalu cepat dan
tidak sempat untuk melakukan kelima-lima waktu sembahyang kerana menjadi
terlalu berat bagi manusia di masa hadapan.
Puasa pula dimansuhkan kerana tidak ada yang perlu di ambil iktibar kerana tiada lagi orang yang kelaparan di masa hadapan kerana semuanya adalah percuma. Puasa hanya menjadi sunat sahaja.
Zakat pula tidak perlu dikeluarkan kerana hampir semua manusia di zaman hadapan tiada wang untuk dibelanjakan tetapi tiada pula orang yang miskin atau fakir kerana semua keperluan mereka di tanggung oleh Imam Mahdi dan kerajaannya.
Haji juga tidak
dapat dilakukan kerana kaabah telah diruntuhkan.
Tiada lagi penguatkuasaan undang-undang islam atau sivil di zaman hadapan dan manusia tidak lagi terikat dengan undang-undang tetapi mereka tidaklah pula melakukan banyak jenayah kerana tiada lagi tekanan atau kesempitan hidup.
Ilmu agama yang
mendalam lebih dari apa yang ada sekarang adalah menjadi rahsia orang-orang
yang bersembahyang sahaja dan manusia yang lain akhirnya tidak tahu apakah itu
agama. Dalam tempoh seribu tahun islam zaman baharu akan hilang lenyap kerana
pengamalnya dibunuh oleh Imam Mahdi secara berjadual hingga tiada lagi orang
yang bersembahyang pada ketika hampirnya peperangan dengan Dajjal.
Islam semua
manusia di zaman hadapan adalah islam cahaya kewalian. Asas kepada semua agama
yang pernah lahir di dunia dari zaman nabi Adam hingga ke zaman nabi Muhammad
dan hari ini.
Kristian
Zaman Baharu
Ia hanyalah
agama batin (cahaya kewalian) dan tiada amalan zahir. Tidak pula menyembah
salib atau pergi ke gereja. Hanya hidup menunggu mati tanpa melakukan apa-apa
amalan khusus. Mereka menjalani hidup seperti biasa (makan, minum dan berehat)
sehinggalah mereka mati. Kebanyakan manusia di zaman hadapan adalah beragama
kristian zaman baharu yang berprinsip HIDUP MENUNGGU MATI.
AL MAHDI AL MUNTAZAAR
1 comment:
AGAMA ZAMAN BARU... Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS keduanya telah wafat. Makanya Agama Zaman Baru tidak ada langsung kena mengena dgn Yahudi atau Kristian lagi. Sejak Islam yg dibawa melalui lidah Nabi Muhammad SAW, maka 2 Agama Samawi iaitu Yahudi dan Kristian telah terbatal dgn sendirinya. Maka tinggallah agama yg diredhoi disisi-Nya Allah adalah AlIslam. Namun Islam diAkhir Zaman telah jadi rojak cacar marba dilanda Fitnah Dajjal AlMasikh, telah terpecah terbelah antara Syiah dan Sunni (ASWJ)..
A NEW WORLD RELIGION... Nostradamus Prophecy ada meramalkan, dgn kedatangan Imam AlMahdi Sejati, satu agama baru akan mendominasi agama dunia. Maka Syiah dan Sunni (ASWJ) keduanya telah ribuan tahun tersesat melarat, akan dihapuskan ditumbangkan oleh Zulqarnaen. Maka agama Islam yg tinggal yg paling diredhoi disisi Allah adalah AGAMA ALMAHDI.. Apakah bentuk Agama Islam yg dibawakan yg dinamakan AGAMA ALMAHDI itu...??? Carilah dulu Sang Maharaja Wali dan tanyalah Zulqarnaen nanti kalian akan diberitahu...
Post a Comment