Seseorang isteri itu boleh tahu suaminya bermain kayu tiga tanpa seseorang yang lain memberitahunya terlebih dahulu. Tidak perlu SMS, MMS, panggilan telefon atau seseorang yang lain memberitahunya.
Ini adalah kerana seorang perempuan bergelar isteri itu telah terlebih dahulu meninggalkan/memasukkan batinnya ke dalam hati dan batin suaminya itu. Mereka dapat mengenali dan merasa batin tersebut, setiap kali suami pulang ke rumah mereka akan memeriksa batin suaminya kalau-kalau jika ada batin perempuan lain berada dalam batin suaminya, jika ada batin perempuan lain maka mereka tahu suami mereka ada perempuan lain. Barulah mereka mencari bukti nyata pula akan kecurangan suami mereka. Ini adalah kerana perempuan yang berniat mempersuamikan seseorang lelaki itu akan memasukkan/meninggalkan batin mereka ke dalam baitn lelaki agar lelaki itu tidak dapat melupakan mereka. Perempuan tidak akan membuat perkara tersebut sembarangan kepada semua lelaki yang mereka jumpai atau kenali. Itulah adalah trademark perempuan melayu dalam memikat lelaki. Seorang perempuan yang ingin mempersuamikan suami perempuan lain akan sengaja memasukkan batinnya ke dalam batin lelaki tersebut agar isterinya tahu bahawa ada perempuan lain bagi suaminya. Ini adalah untuk membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya (berkahwin) agar dirinya tidak dipermainkan atau lelaki itu meninggalkan dia apabila isterinya tahu akan hubungan tersebut. Ini adalah cara perempuan melindungi perempuan walaupun mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Ini adalah ilmu kaum perempuan untuk mengawal lelaki.
Yang didedahkan ini adalah ilmu kaum perempuan, dan di sini buat pertama kali imam Mahdi mendedahkan rahsia dan ilmu yang disimpan kaum perempuan kepada umum.
Oleh itu para suami berhati-hatilah kerana ISTERI ANDA TAHU !!!!!.
Lain-lain artikel di http://imam-mahdi.zxq.net atau newer or older post
AL MAHDI AL MUNTAZAAR