Search This Blog

Monday, September 22, 2014

PENDERMAAN ORGAN ,HALAL ATAU HARAM??

Apabila seseorang itu mati, jasad dunianya akan tertinggal di dunia, sedangkan dirinya(orangnya) akan berpindah ke akhirat dan mendapat badan baru, jika di dunia anggotanya ada yang cacat, tetapi di akhirat badannya adalah sempurna.

Organ dalam badan dunianya dia tidak perlukan lagi dan jika masih baik adalah halal untuk didermakan kepada orang lain. Dia akan mendapat pahala selagi organ-organ dunianya masih digunakan oleh orang yang memerlukan, Ia adalah seperti pahala mewaqafkan harta. Pahala yang boleh meningkatkan darjatnya di akhirat walaupun setelah penderma organ tersebut mati. Lagi banyak organ yang digunakan oleh orang lain lebih banyak pahala yang dia dapat. Sedangkan orang yang telah mati tidak memerlukan organ itu lagi dan di akhirat dia pula adalah sempurna daam tubuh badan yang baharu.



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Monday, September 15, 2014

ALAM SEMAKIN MEREPUT

Alam dijadikan tuhan berlapis-lapis alam. satu alam tersembunyi dari alam yang lain. Alam nyata sahaja mempunyai 7 lapisan.

Tuhan jadikan alam berlapis-lapis agar mereka saling menguatkan antara satu sama lain. Bagaikan papan lapis yamg menguatkan lapisan antara satu sama lain akhirnya menghasilkan binaan yang kuat.Tetapi jika satu lapisan papan lapis mereput akibat dimakan anai-anai maka papan lapis tidak lagi kuat dan akan patah apabila dikenakan beban berlebihan.

Begitu juga dengan alam, banyak lapisan alam ghaib telah mereput dan tekanan kerosakan dan pencemaran dari alam nyata tidak lagi tertanggung oleh mereka menyebabkan mereka tidak lagi dapat menyerap kerosakan dari alam nyata dan satu masa nanti susunan lapisan alam akan musnah dan dengan itu terjadinya KIAMAT!!!!!


AL MAHDI AL MUNTAZAAR