Search This Blog

Saturday, November 29, 2014

TUHAN MENGAMBIL UNTUK MEMBERI

Dalam hadis nabi Muhammad S.A.W  ada dinyatakan bahawa tanaman petani yang di makan burung atau binatang akan diberi pahala.

Tuhan mempergunakan burung atau binatng untuk mengambil harta dunia para petani untuk memberi mereka simpanan akhirat. Walaupun ia nampak seperti satu paksaan dari tuhan tetapi ia adalah satu rahmat dan kebaikan dari tuhan untuk manusia.

Pada zaman ini ada pelbagai cara tuhan mengambil dari manusia untuk simpanan ahirat. Dari cetak rompak filem dan perisian hingga penipuan internet oleh awang hitam. Oleh kerana manusia sukar untuk memberi sedekah dan sibuk mengumpul kekayaan, tuhan menyimpan untuk mereka secara paksa. Kekayaan yang kita kumpul dan simpan di dunia tidak akan sampai ke akhirat, yang kita sedekahkan dan beri kepada keluarga dan orang lain itulah sebenarnya milik kita.



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

BATIN ATAU ZAHIR LEBIH PENTING??

Cerita dari buku UNTAIAN KISAH PARA WALI menceritakan mengenai seoramg tok guru yang membaca fatihah dalam sembahyangnya dengan sedikit kesilapan sebutan, Ia didengari oleh anak muridnya dan mereka mula  tawar hati dan memandang rendah terhadap gurunya. Pada malam hari mereka bermimpi ketika dalam perjalanan mereka dikejar singa dan dalam ketakutan, kemudian tok guru mereka datang dan menghalau singa tersebut. Kemudian tok guru mereka berkata, kamu hanya membetulkan zahir dan kamu takut kepada singa, sedangkan aku sibuk membetulkan batin lalu singa takut kepada aku.Barulah anak muridnya sedar kesilapan mereka.

Dalam kisah tersebut, tok guru itu merupakan orang khusus yang berjalan dalam jalan tasawuf dan sibuk membetulkan batin sehingga tiada masa untuk membetulkan bacaan fatihah yang amat penting, kalau hendak membetulkan bacaan fatihah pun tiada masa apatah lagi untuk membuat kerja lain.

Sedangkan orang pada zaman ini terlalu sibuk dengan urusan zahir dan urusan dunia hingga langsung tidak mempedulikan tentang batin mereka apatah lagi membetulkannya. Apatah lagi orang-orang yang masih ada masa menggangu, menyakiti dan membuat dan merosakkan batin orang lain, ternyata batin mereka telah rosak teruk dan mungkin telah diserapi iblis. Batin yang rosak menghasilkan tindakan yang merosakkan diri dan orang lain.



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Saturday, November 15, 2014

KEMALUAN ISTERI ATAU PELACUR BERBAU LEBIH BUSUK???

Kemaluan seorang isteri ketika di dunia adalah lebih busuk dari pelacur, ini adalah kerana mereka jarang membasuhnya kerana sibuk dengan tugas harian. Sedangkan seorang pelacur kerap membasuhnya kerana selepas melayan seorang pelanggan mereka membasuhnya.

Tetapi di akhirat kemaluan seorang pelacur berbbau sangat busuk hingga penghuni neraka lain terganggu dengan baunya. Jika mereka berjaya masuk ke syurga barulah kemaluan mereka berbau wangi.  Seorang isteri jika masuk neraka kemaluan mereka tidak berbau dan jika dapat masuk syurga kemaluan mereka adalah wangi.

 Kepada kaum lelaki, "bersama"  isteri anda adalah lebih baik dari "bersama" pelacur kerana "kenangan bersama" isteri adalah lebih manis dari "kenangan bersama"  seorang pelacur kerana isteri anda sayangkan dan mencintai anda sedangkan seorang pelacur hanya menyintai wang anda. Mungkin seseorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki semata-mata kerana wangnya boleh di samakan dengan pelacur juga.



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Sunday, November 2, 2014

QIYAMUHU TAALA BINAFSI

Seluruh umat manusia hati dan batinnya bergantung kepada sesuatu, samada kepada tuhan, agama, idolanya, paradigma, prinsip, harta benda dan wang ringgit dan lain-lain..Itu adalah sifat asas manusia biasa. 

Tetapi imam Mahdi mahu menjadi tuhan, hati dan batinnya harus BERDIRI DENGAN SENDIRINYA tanpa tempat penggantungan. Dan yang membina dan membentuk ketuhanannya adalah para wali qutbh. Materialisme telah lama mereka merenggutnya dari zahir dan batin imam Mahdi. Apabila mereka merenggut unsur penggantungan batiniah dari dalam diri imam mahdi dia rebah tidak boleh berdiri sendiri. mereka mengasak hatinya agar menjadi kuat untuk berdiri sendiri. Mereka membakarnya dengan api neraka paling rendah untuk menguatkannya tetapi  menyebabkan dia menjadi lemah dan kepanasan dan meletakkan beban batin pada hatinya dan batinnya menyebabkan dia rebah tidak bangkit-bangkit. sudah lebih setahun berlalu tetapi dia masih belum stabil untuk keluar menzahirkan diri. Dalam dirinya harus bangkit dahulu untuk menjadi tuhan sebelum layak memulakan kebangkitan dari timur.


AL MAHDI AL MUNTAZAAR