Search This Blog

Monday, August 31, 2015

BAGAIMANA SEORNG ISTERI BOLEH TAHU SUAMINYA ADA PEREMPUAN LAIN. bhg. 2

GAMBARAN!!! Itulah caranya. perempuan sebelum mempersuamikan seorang lelaki akan 'membuat' batin lelaki tersebut hingga boleh memberi gambaran kepada mereka apabila mereka minta dengan batin mereka. Hanya jodoh/ jodoh-jodoh kepada lelaki tersebut boleh membuat hingga ke tahap ini.

Dengan cara ini isteri boleh mengawal suami mereka dan boleh tahu jika suami mereka ada perempuan lain dengan melihat jejak-jejak gambaran dengan siapa suami mereka berjumpa sepanjang hari.

 Perempuan lain juga boleh tahu anda adalah suami orang dengan cara ini.

Saturday, August 8, 2015

TANDA-TANDA KIAMAT

Tanda-tanda kiamat ada sama ada ada disebut dalam hadis atau tidak. Samada di ketahui manusia atau tidak. Tanda tersebut ada banyak dan semakin jelas dari satu kemungkinan peringkat kiamat ke peringkat kemungkinan kiamat yang berikutnya dan jelas-sejelas jelasnya di peringkat kepastian kiamat pasti berlaku.

Contohnya. kemungkinan kiamat yang pertama adalah pada tahun 1998. Contoh tandanya ialah api dan asap keluar dari bumi. Yang terjadi adalah banyak telaga minyak daratan iraq terbakar pada perang di zaman saddam Hussien. Tetapi orang mempertikai tanda ini dengan tanda ini dengan mengatakan ia hanya telaga minyak dan memang patut terbakar dan hanya berlaku di Iraq. Jadi ia tidak mungkin tanda kiamat.

 kemudian dua tahun lalu api keluar dari bumi di Yaman dan kali ini ia bukan telaga minyak. Dan orang boleh mempertikaikan tanda ini dengan mengatakan ia adalah akibat pemanasn global.

Tetapi jika di bandingkan dengan di Iraq, di Yaman  ia adalah lebih jelas dan lebih sukar dipertikaikan. Ini yang saya maksudkan bahawa tanda kiamat lebih jelas dari kemungkinan kiamat peringkat sebelumnya. Pada peringkat kepastian kiamat pasti berlaku dan tidak boleh di elak lagi api dan asap akan keluar dari setiap ceruk permukaan bumi. Mungkin barulah manusia akan percaya.

Tanda-tanda kiamat mengiringi kemungkinan berlakunya kiamat dan lebih jelas apabila kemungkinan kiamat yang lebih besar akan berlaku. bukannya kiamat terus berlaku, jika kiamat berlaku kita tidak boleh berundur kembali. kalau di kaji tanda-tanda kiamat adalah akibat kegagalan sistem alam, perbuatan manusia dan sifat manusia itu sendiri dan juga ketentuan ilahi.


  Tuhan tutup tanda kemungkinan kiamat kerana ia belum pasti akan berlaku, mungkin akan berlaku atau tidak, jika ia pasti berlaku tuhan akan membukanya seluas-luasnya.

Tanda kiamat terakhir adalah apabila manusia kafir boleh melakukan kekeramatan seperti yang boleh dilakukan oleh kekeramatan nabi dan wali dengan menggunakan ciptaan teknologi, maka kiamat pasti berlaku.

 







SEMUANYA PEMBERIAN TUHAN

Segala yang kita ada dari tubuh badan, harta, ilmu dan kepandaian adalah semata-mata pemberian tuhan. Tuhan suruh manusia berusaha dan kerananya tuhan beri, kita dapat sesuatu bukan kerana usaha tersebut tetapi ia adalah pemberian tuhan. Kalau tuhan tak beri kita usaha sekeras manapun takkan dapat. Oleh itu janganlah mendabik dada dengan bogkak bahawa saya dapat itu dan ini kerana usaha dsn kepandaian saya!!!!!.

Sama ada kita mengusahakan sesuatu secara halal atau haram dan kita dapat hasilnya ia adalah kerana pemberian tuhan. Kalau usaha yang haram sekalipun, jika tuhan tak beri kita takkan dapat. Tetapi jika mendapatkan sesuatu secara haram dan jalan yang salah, kita akan dapat akibat yang buruk sama ada di dunia atau akhirat. Jika tuhan menghendakinya atau mahu menyedarkannya.

 

Thursday, August 6, 2015

KELEBIHAN SYUAIB BIN MUSA

Beliau mempunyai satu kebolehan yang besar dan istimewa iaitu boleh berulang-alik dari dunia ke syurga dan neraka tanpa perlu mati terlebih dahulu untuk menyampaikan berita dari dunia ke syurga dan neraka dan sebaliknya. Beliau merupakan wali quthb tertinggi dan tunggak kerajaan imam Mahdi. Beliau adalah perintis kerajaan imam Mahdi dan merupakan pemuda bani Tamim.




 

ISTANA SYURGA DUNIA

Istana syurga dunia berada di kutub utara akan menjadi tempat tingga imam Mahdi dan isteri-isterinya kelak setelah berkahwin. Ia dibina oleh 100 juta jin berkuasa tuhan dalam masa satu hari sahaja dan sangat luas. Pada mulanya kuasa jin digunakan untuk mengapungkannya di langit kutub utara, tetapi apabila darjat imam Mahdi semakin meningkat ia diapungkan oleh malaikat dan kemudian diapungkan oleh kuasa tuhan. Pada mulanya ia disembunyikan di alam jin tetapi kini disembunyikan di alam malaikat.