Parawali adalah penahan kiamat.Jika tiada seorang pun yang mengikuti imam mahdi maka dunia akan segera kiamat.Oleh kerana golongan para wali mengikuti imam Mahdi maka kiamat telah tertangguh selama hampir 20 tahun.Mereka memastikan imam Mahdi terus hidup dan mengikuti suruhan imam Mahdi untuk memastikan dunia terus hidup.
MENGENAI IMAM MAHDI, AJARANNYA DAN KEDATANGAN KIAMAT KECIL DAN KIAMAT BESAR. OLEH: MOHD HAFEZ ABU BAKAR
Search This Blog
Tuesday, December 27, 2016
Sunday, December 25, 2016
PEPERANGAN PARA WALI
Ada banyak kali peperangan antara para wali sesama mereka sendiri kerana berselisih pendapat tentang siapakah sebenarnya imam Mahdi atau apakah sebenarnya imam Mahdi. Peperangan yang pertama telah berlaku pada awal kedatangan imam mahdi iaitu pada tahun 1998. dan kini telah hampir masuk ke peperangan yang kedua. Walaupun telah hampir 20 tahun mereka mengikutinya mereka masih berselisih pendapat. Kali ini peperangannya lebih besar dan berlaku di alam ghaib, hanya para wali pengikut imam mahdi mengetahuinya.
Setiap kali peperangan ramai yang mati dan mereka pergi berjumpa tuhan sebenar secara berhadapan yang akan menjawab persoalan mereka. ada yang pergi selama tiga hari , 2 minggu atau lebih lama sebelum kembali semula ke bumi untuk terus mengikuti imam Mahdi.Mereka yang menjadi pengikut imam mahdi adalah mereka yang mati hidup kembali.
Sunday, December 4, 2016
CARA TASIK GALILEE KERING
Menurut hadis nabi Muhammad Dajjal keluar setelah tasik Galilee kering. Sekarang ini tasik ini berada pada paras merah iaitu hampir kering. Walaupun hampir kering tetapi masih ada ratusan juta meter padu airnya lagi dan mengambil puluhan atau mungkin ratusan tahun untuk kering sepenuhnya sedangkan kiamat telah sangat hampir.
Imam mahdi akan menyerang dunia untuk membawa kiamat kecil sebelum tasik Galilee kering. Imam Mahdi menyerang dunia seorang diri dalam bentuk gergasi. Setelah beberapa lama berjalan dia sampai berdekatan israel dan sangat haus lalu ternampak tasik Galilee yang masih agak banyak airnya lalu meminumnya sehingga habis dan kering. Setelah puas minum dia ternampak kota-kota di Israel dan mahu menyerangnya dan melenyapkannya. Sebaik sahaja dia mahu melangkah masuk tiba-tiba Dajjal keluar dari salah sebuah kota di israel dan terus menjadi besar dengan saiz dua kali lebih besar dari imam Mahdi dan membentangkan bendera Israel di udara. Imam mahdi agak terkejut dan tidak jadi menyerang Israel kerana Dajjal lebih besar dan lebih kuat darinya dan tidak mampu mengalahkannya lalu melangkah pergi menuju negara lain untuk diserang seterusnya.
Oleh itu tasik Galilee kering kerana bukan sebab semulajadi tetapi kerana imam Mahdi meminumnya. Dan Dajjal hanya keluar setelah ia kering.
Orang Israel dan palestin menyaksikan peristiwa ini dan terus mengangkat dajjal menjadi raja mereka dan orang palestin dan israel terus berbaik dan tidak berperang lagi.
Dajjal atau imam mahdi kedua-duanya adalah hamba tuhan yang berjalan mengikut takdir . kedua-duanya adalah untuk menghukum manusia keatas kesesatan dan kerosakan yang dilakukan oleh manusia sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)