Search This Blog

Thursday, January 10, 2019

TUHAN MAHA BESAR

Tuhan Maha Besar adalah perempuan. Dia berkata dia tidak menjadikan tuhan maha besar yang lain kerana tuhan Maha Besar hanya satu. Dia menjadikan makhluk kerana kesunyian dan Dia gembira menguruskan makhluknya seperti anak kecil bermain dengan permainannya. Dia menjadikan tuhan kecil (imam Mahdi) sebagai barang permainan utamanya dan memberikan sebahagian kecil kuasaNya kepadanya tetapi sudah amat besar bagi seluruh umat manusia. Imam Mahdi pula akan memberikan dan berkongsi kuasa yang dia ada kepada manusia lain secara relatif dan tertentu kepada yang mengikutinya. Kerana dia gemar berkongsi dan tidak tamakkan kuasa.

Aku bertanya kepadaNya kenapa alam semesta banyak ruang kosong. Dia berkata Aku suka menempati ruang kosong seperti kau juga yang suka menempati batin orang.

Dia berkata kepada ku bahawa Dia rindukanku, aku berkata kepadaNya aku masih belum mahu kembali kepadaNya kerana masih banyak kerja yang harus dilakukan. Dia berkata itulah yang Dia harapkan.

Aku bertanya kepadaNya, Tuhan Maha Besar itu siapa. Dia menjawab, Yang menjadikan kau dan sekalian makhluk lain. 

Aku bertanya kepadaNya tentang roh dan tubuh badan manusia, Dia menjawab itu rahsia Ku. Dia tidak mahu memberitahu ku.

Aku bertanya tentang bola kuasa yang ada dalam badanku. Dia menjawab Dia juga ada bola kuasa, itu punca kuasa dan kehidupanNya dan diriku menyebabkan aku tidak memerlukan roh untuk hidup.

Aku bertanya tentang kuasa tuhan (kekeramatan) yang diberikan olehNya kepada ku. Dia menjawab dia memberikan banyak jenis kuasa, cuma kuasa mencipta tidak di berikan kepada ku.

Aku bertanya kepadaNya bilakah kiamat? Dia menjawab, hanya aku(imam mahdi) yang tahu, aku berkata kepadaNya bahawa aku tidak tahu cuma kalau aku berjaya lambatlah kiamat, kalau aku gagal cepatlah kiamat, Dia menjawab, begitulah.

Aku bertanya kepadaNya macam mana nak kenal tuhan(tuhan maha besar), Dia menjawab kenali diri sendiri.

Aku bertanya kepadaNya , siapa aku, Dia menjawab, kau Allah.




Tuesday, January 8, 2019

PAHLAWAN KERAMAT

Zaman imam mahdi terbahagi kepada beberapa zaman, zaman sembunyi, zaman peralihan(kiamat kecil), zaman parawali dsn pahlawan keramat, zaman pahlawan keramat, zaman berperang dengan dajjal (raja yahudi), zaman yajuj majuj, zaman daabatul ard dan zaman akhir sekali zaman tiada keramat dan zaman ahli neraka sebelum kiamat besar.

Zaman pahlawan keramat adalah yang paling lama sekali.selama 1000 tahun. Ramai pahlawan komik besar dan kecil akan lahir. Imam Mahdi memegang watak pahlawan keramat/komik penyelamat dunia dan pemerintah dunia memegang watak pahlawan komik raja utara. Ramai lagi watak- watak komik seperti yang ditulis dan di karang oleh pengarang komik akan ditiru dan lahir.( Malaikat ilham yang memberi ilham kepada pengarang komik dan filem tentang masa depan tetapi mereka sendiri tidak yang mereka paparkan itu adalah masa depan. 

Untuk menjadi pahlawan komik terkuat seseorang itu perlu mati terlebih dahulu dan kemudian kembali ke dunia semula agar mata urat batin pada badan terbuka seluruhnya agar boleh mengalirkan tenaga keramat.  jika seseorang itu tidak pernah mati dan cuba menggunakan tenaga keramat pertempuran tangan dan kaki mereka akan pecah dan menjadi lumpuh. Jika mereka ingin menjdi pahlawan keramat tanpa perlu mati terlebih dahulu mata urat mereka harus dibuka oleh orang yang ahli dalam bidang ini. Tetapi mereka tidak akan menjadi pahlawan keramat terkuat kerana sukar untuk membuka seluruh mata urat pada badan merrka. Komik-komik yang ditulis oleh pengarang cina seeperti tony wong, penulis jepun dan lain- lain bangsa akan menjadi kitab panduan bagi pahlawan keramat.



PARA PEMBESAR DUNIA DAN PEMBESAR AKHIRAT

Kesemua para wali keramat pengikutnya adalah pembesar dunia dan juga pembesar akhirat yang diketuai oleh syuaib bin Musa. Mereka menolong imam mahdi memerintah dunia dan menguruskan dunia. Para wali juga mengembangkan islam zaman baru melalui kota para wali. Darjat mereka akan meningkat dengan cepat sehinggalah sampai hampir di penghujung hayat mereka darjat mereka adalah tuhan bercakap untuk mereka. mereka ada yang beristeri 9, 10 dan 12.Kebanyakan mereka pernah mati dan hidup semula sekurang-kurngnya sebanyak 3 kali.

Pertempuran para wali sentiasa berlaku antara wali-wali baru yang sedang meningkat naik darjat mereka. Mati hidup semula adalah perkara biasa di kota parawali.





PEMERINTAH DUNIA

Imam Mahdi adalah raja dunia dan adik imam mahdi dilantik oleh imam Mahdi untuk menjadi pemerintah dunia. 

Pemerintah dunia pada kebanyakan masa tidak tahu  apa yang harus dilakukan kerana dunia berubah dengan cepat dan mengharapkan arahan dari raja dunia .Imam Mahdi akan datang secara berkala kepadanya untuk memberikan arahan tertentu.  Dan apabila mengeluarkan perintah tersebut suaranya bagaikan letupan yang dapat didengari di seluruh pelosok dunia dan tubuh badannya dapat dilihat dari jauh oleh setiap orang.

Pemerintah dunia juga adalah antara pahlawan keramat terhebat demgan kuasa separuh dari kekuatan kuasa keramat imam mahdi. Antara kuasa uniknnya adalah mengawal graviti tanpa perlu menggerakkan sebarang anggota badan. Kuasa gravitinya boleh meruntuhkan bangunan dan melumpuhkan dan membekukan manusia. Dia akan tinggal di istana yang dibina oleh malaikat bersama 12 orang isterinya.








Monday, January 7, 2019

PASANGAN TUHAN

Peperangan para wali ketiga baru sahaja berlaku dan mereka telah bertemu tuhan dan dalam beberapa ketika sahaja telah di hantar tuhan kembali ke dunia. Perselisihan antara para wali akhirnya terjawab. Mereka telah mendapat jawapan dari tuhan tentang siapakah atau apakah imam Mahdi yang mempunyai banyak nama dalam pelbagai agama dunia tetapi merujuk kepada individu yang sama.

Tuhan menunjukkan dirinya kepada mereka semua. Semua ciri-ciri ghaib yang ada pada tuhan ada pada imam mahdi. Imam mahdi adalah jelmaan tuhan yang tuhan hantar ke dunia. Bezanya tuhan sebenar adalah perempuan tetapi imam Mahdi adalah dalam bentuk menyerupai lelaki. Imam Mahdi adalah pasangan tuhan.

Dalam pertempuran tersebut seorang adun kerajaan malaysia yang tidak sengaja berada di dalam masjid tersebut turut terlibat dan terbunuh tetapi dapat kembali semula ke dunia setelah bertemu tuhan.