Search This Blog

Thursday, February 14, 2019

KUASA TUHAN (KEKERAMATAN)

Kekeramatan adalah kuasa kebaikan tuhan yang diberikan kepada nabi-nabi dan para aulia dan wali allah. Ia boleh jadi kecil atau besar, banyak atau sedikit. Pada zaman imam Mahdi tuhan memberi paling banyak kuasa keramat.

Sihir dan sihir hitam pula adalah kuasa kejahatan dan kegelapan tuhan yang diberikan kepada syaitan dan iblis serta jin juga kepada manusia kafir dan sesat. 

Kekeramatan hanya boleh di miliki oleh manusia yang mempunyai cahaya kewalian seperti para nabi dan para wali.






Friday, February 8, 2019

MASUK TANDAS WAKTU TENGAH AZAN

Apabila waktu azan iblis dan syaitan akan berlari masuk tandas untuk berlindung. Ada banyak iblis dan syaitan di situ. Jika kita masuk tandas waktu azan adalah tidak baik dan boleh kategori haram kerana banyaknya iblis dan syaitan di situ akan mempengaruhi batin kita jadi sama seperti  batin mereka yang kotor dan sesat. Jika batin kita sama seperti mereka jadilah kita manusia iblis dan manusia syaitan yang sesat.

walaupun waktu tidak tengah azan tetap ada sedikit iblis dan syaitan yang tinggal di situ, sebab itu kita  tidak boleh lama-lama berada dalam tandas. Ini melibatkan semua jenis tandas walau di manapun ia. 

Ada orang kata kalau baca doa sebelum masuk tandas boleh menghalau iblis, ini tidak benar kerana akhir zaman ini semua doa tidak lagi makbul lagi pun tuhan tiada dalam tandas sedangkan di tempat ibadat dan di ruang dan waktu yang lain ada tuhan.


Monday, February 4, 2019

SIAPA BUNUH SIAPA?

 Imam Mahdi tidak boleh membunuh Dajjal(Raja Yahudi) tetapi Dajjal boleh membunuh imam Mahdi. Dajjal tidak boleh membunuh nabi Isa tetapi Nabi Isa boleh membunuh Dajjal. Nabi Isa tidak boleh membunuh imam Mahdi tetapi imam Mahdi boleh membunuh Nabi Isa.

Golongan para wali boleh membunuh pahlawan keramat tetapi golongan pahlawan keramat walau sekuat manapun tidak boleh membunuh golongan parawali. Golongan para wali tidak boleh dibunuh oleh Dajjal atau membunuh Dajjal. Imam Mahdi boleh membunuh golongan parawali dan golongan parawali boleh membunuh imam Mahdi. Golongan parawali dan pahlawan keramat tidak boleh membunuh nabi Isa. Hanya nabi Isa boleh membunuh Dajjal.