MENGENAI IMAM MAHDI, AJARANNYA DAN KEDATANGAN KIAMAT KECIL DAN KIAMAT BESAR. OLEH: MOHD HAFEZ ABU BAKAR
Search This Blog
Monday, April 26, 2021
KELEBIHAN PARAWALI
KEHORMATAN FAZILAH WANITA PERTAMA DUNIA
Fazilah sentiasa dikawal oleh malaikat pelindung sepanjang masa. Di awal zaman dia juga dikawal oleh parawali penjaga yang tidak boleh dibunuh oleh sesiapapun walaupun pahlawan keramat. Fazilah tidak boleh disentuh oleh mana-mana lelaki pun samada secara paksa atau sukarela kecuali imam Mahdi. Fazilah juga boleh menggunakan keramat pertempuran.
Wednesday, April 21, 2021
PERTEMPURAN PARA RAJA MALAIAT MAUT
Para pahlawan keramat terbilang juga dikenali dengan nama para raja malaikat maut kerana kuasa pertempuran mereka yang membawa kemusnahan secara besar-besaran. Mereka terdiri dari 7 hingga 8 orang.
Setiap 100 -200 tahun imam mahdi akan mencabar salah seorang dari mereka untuk membunuh mereka. Pertempuran yang menyebabkan kematian berbilion manusia pada ketika itu. kadang-kadang mereka juga bertempur dengan pemerintah dunia. Dalam tempoh seribu tahun mereka semua telah habis dibunuh oleh imam mahdi. Imam Mahdi adalah pahlawan keramat terunggul setelah kematian semua pahlawan keramat.
Dia seorang sahaja yang tinggal.
Friday, April 16, 2021
PERTEMPURAN PEMERINTAH DUNIA DAN RAJA DUNIA
Pertempuran pertama antara pemerintah dunia dan raja dunia berlaku apabila pemerintah dunia mahu merebut kuasa dan menggulingkan raja dunia (imam mahdi). Pertempuran yang sengit berlaku menggunakan keramat pertempuran dan mengorbankan beberapa belas bilion manusia pada waktu itu, hampir separuh permukaan bumi musnah.
kerana terlalu marah imam Mahdi hampir sahaja bertukar batinnya menjadi raja malaikat maut dan hampir sahaja membunuh pemerintah dunia. Pada serangan terakhir setelah mengunci pemerintah dunia pada dinding bangunan imam mahdi telah disedarkan semula oleh isterinya fazilah, dan imam Mahdi menarik balik serangannya dan tidak jadi membunuh pemerintah dunia yang telah muntah darah akibat di kunci dan Fazilah pun dengan secepat kilat memulihkan dan mengubati pemerintah dunia dengan keramat penyembuhan.
jika serangan terakhir dilepaskan pasti pemerintah dunia mati.
Imam mahdi dan isterinya berlalu dari situ.
Thursday, April 15, 2021
KEBERADAAN ISTANA SYURGA DUNIA SEMASA
Istana imam Mahdi dan isteri-isterinya pada pada ketika artikel ini ditulis adalah berada di laut china selatan dalam perjalanan ke kg bentong dari kutub utara. Ia tersembunyi dari pandangan tetapi masih boleh dilihat jika bernasib baik dan ada rezeki.
Pada hari istana ini sampai ke destinasinya adalah hari imam Mahdi mati dan dihidupkan kembali oleh pengikutnya yang terdiri dari parawali dan doktor terlatih. Jika mereka gagal, 7 hari kemudian dunia akan kiamat. Mereka hanya mampu bertahan selama 3 hari membedah imam Mahdi.
Masanya sudah tidak lama lagi.
Insyaallah.
Wednesday, April 14, 2021
KERAMAT PEPERANGAN
Keramat peperangan hanya dimiliki oleh imam mahdi sahaja. keramat pertempuran dimiliki oleh semua pahlawan keramat. Keramat peperangan sangat besar kuasa pemusnahnya. 3 serangan dari imam Mahdi menggunakan keramat peperangan dengan kekuatan 100% boleh memusnahkan separuh permukaan bumi menghancurkan bangunan dan membunuh hidupan di atasnya....