Search This Blog

Saturday, December 18, 2021

SYURGA

 Syurga sangat indah dengan cahaya kuning keemasan walaupun tiada matahari, pokok-pokok dan tanah keemasan dengan batu-batuan permata berwarna-warni yang rasa manis jika dimakan. Di syurga tiada waktu malam, penduduk syurga tidak pernah tidur ataupun berasa penat. Ada pokok-pokok  buah-buahan pelbagai rasa yang berbeza walaupun dari jenis buah yang sama. Ada sungai-sungai pelbagai jenis air minuman. Penduduk syurga boleh meminta apa sahaja yang mereka mahu dan tuhan memakbulkan dan melayan secara langsung segala kemahuan mereka.


Pada awal ketika memasuki syurga penduduk syurga memakai pakaian kebesaran yang mewah diperbuat dari emas dan permata tetapi kemaluan lelaki dan perempuan tidak ditutupi dan terdedah. Penduduk syurga melakukan seks bebas antara lelaki dan perempuan dan mereka bebas samada untuk menjadi lelaki ataupun perempuan. Setelah beberapa lama berada di syurga penduduk syurga menanggalkan seluruh pakaian mereka dan berbogel untuk mendapatkan nikmat batin maksimum. 


Pada hari pertama memasuki syurga setiap orang mempunyai syurga seluas langit dan bumi, dan bertambah luas sekali ganda setiap hari berikutnya dan seterusnya. Bertambah nikmat dan cantik setiap hari. Penduduk syurga mengetahui satu hari telah berlalu melalui perasaan mereka. Jika mereka pergi melawat  ketua syurga , dan apabila kembali ke syurga mereka , syurga mereka bertambah luas dan cantik serta nikmat sekali ganda, begitu juga jika ketua syurga melawat mereka. kadang-kadang penduduk syurga suka menghabiskan masa bersendirian dan kadang-kadang mereka suka berkumpul beramai-ramai.Di syurga juga ada hari-hari perayaan.


Penduduk syurga memahami antara satu sama lain walau apa pun bangsa dan bahasa mereka ketika di dunia. Penduduk syurga tidak melakukan ibadat seperti di dunia dan mereka hanya bersuka ria dan bersenang-senang.


Di dunia bidadari lebih cantik dari manusia, tetapi di syurga manusia lebih cantik dari bidadari, semakin tinggi darjat seseorang semakin cantiklah dia.