Search This Blog

Thursday, August 29, 2024

KEMBALINYA ZAMAN KEKERAMATAN DAN KEAJAIBAN DAN KEBEBASAN HAWA NAFSU

Imam mahdi membawa kembali zaman kekeramatan dan keajaiban ke dunia setelah hilang bersama zaman kenabian dan dewa-dewi terdahulu. Keajaiban pertama yang akan terzahir adalah istana terapung imam mahdi dan isterinya Fazilah. Di susuli zahirnya kekeramatan para mujadid dunia dan parawali. Zaman keajaiban ini akan berlangsung selama 1500 tahun dan hilang kembali dan zaman akan kembalii seperti sekarang tanpa keajaiban.


Bumi akan dipindahkan ke alam keramat. Di alam keramat kemusnahan besar-besaran akibat pertempuran para raja malaikat maut dan phlawan keramat lain boleh dipulihkan sekelip mata.dengan menggunakan keramat pembangunan yang dipunyai oleh pemerintah dunia dan beberapa orang yang lain. Bangunan yang musnah dan permukaaan bumi yang rosak akan terdiri semula dan kembali pulih dalam sekelip mata sahaja. Tetapi penduduk dunia yang mati kekal mati. 




Saturday, August 3, 2024

MAKHLUK MAKRIFAT

 Imam Mahdi adalah makhluk yang dicipta khas menyerupai tuhan sebenar di luar sistem alam iaitu ALLAH.

Jika kita mengenal struktur batin imam Mahdi kita akan mengenal dan memahami siapa sebenarnya ALLAH yang telah mencipta segala-galanya.Perjalanan untuk mencapai makrifat ini mengambil masa kira-kira 200 tahun. Sebelum parawali mati dibunuh oleh imam Mahdi mereka telah mencapai makrifat sejati ini.