Kasyaf adalah keramat penglihatan kerana kebolehan melihat sesuatu. Pengikut imam Mahdi yang kasyaf dapat melihat pelbagai perkara yang nyata dan ghaib. Isteri pertamanya Fazilah juga kasyaf dan juga beberapa ramai perempuan yang lain juga kasyaf. Tetapi kasyaf mereka lebih istimewa kerana dapat melihat imam Mahdi sepanjang masa dan ini dipanggil kasyaf wali. KASYAF WALI NAMPAK NABI. Sehingga tiada rahsia antara pengikut dan isterinya dengan imam mahdi kerana mereka dapat melihat apa sahaja yang yang imm mahdi lakukan sepanjang hari. Mereka tahu luar dan dalam imam mahdi....
MENGENAI IMAM MAHDI, AJARANNYA DAN KEDATANGAN KIAMAT KECIL DAN KIAMAT BESAR. OLEH: Muhammad abdullah
Monday, September 30, 2024
Thursday, August 29, 2024
KEMBALINYA ZAMAN KEKERAMATAN DAN KEAJAIBAN DAN KEBEBASAN HAWA NAFSU
Imam mahdi membawa kembali zaman kekeramatan dan keajaiban ke dunia setelah hilang bersama zaman kenabian dan dewa-dewi terdahulu. Keajaiban pertama yang akan terzahir adalah istana terapung imam mahdi dan isterinya Fazilah. Di susuli zahirnya kekeramatan para mujadid dunia dan parawali. Zaman keajaiban ini akan berlangsung selama 1500 tahun dan hilang kembali dan zaman akan kembalii seperti sekarang tanpa keajaiban.
Bumi akan dipindahkan ke alam keramat. Di alam keramat kemusnahan besar-besaran akibat pertempuran para raja malaikat maut dan phlawan keramat lain boleh dipulihkan sekelip mata.dengan menggunakan keramat pembangunan yang dipunyai oleh pemerintah dunia dan beberapa orang yang lain. Bangunan yang musnah dan permukaaan bumi yang rosak akan terdiri semula dan kembali pulih dalam sekelip mata sahaja. Tetapi penduduk dunia yang mati kekal mati.
Saturday, August 3, 2024
MAKHLUK MAKRIFAT
Imam Mahdi adalah makhluk yang dicipta khas menyerupai tuhan sebenar di luar sistem alam iaitu ALLAH.
Jika kita mengenal struktur batin imam Mahdi kita akan mengenal dan memahami siapa sebenarnya ALLAH yang telah mencipta segala-galanya.Perjalanan untuk mencapai makrifat ini mengambil masa kira-kira 200 tahun. Sebelum parawali mati dibunuh oleh imam Mahdi mereka telah mencapai makrifat sejati ini.
Thursday, May 16, 2024
Mak Ayah Nabi Masuk Neraka?!
Bapa nabi Muhammad S.A.W sememangnya masuk neraka kerana telah meninggal dunia sebelum nabi lahir dan tidak berjumpa dengan nabi tetapi ibunya pula masuk syurga kerana sempat berjumpa dan bersama nabi sehingga nabi berumur 2 tahun.
Walaupun baru berumur 2 tahun dan tidak tahu apa-apa (kanak- kanak apabila mencecah umur 2 tahun telah ada kesedaran ataupun conciousness, kanak-kanak berumur kurang 2 tahun hanya mempunyai subconcious) tetapi telah boleh memberikan cahaya kewalian kepada ibunya tanpa nabi sendiri mengetahuinya atau memahaminya. Ini menjadikan ibunya islam batin (asas kepada semua agama samawi) walaupun tanpa ajaran zahir. Sebab itulah dia masuk syurga.
Tetapi pada zaman ini cahaya kewalian (cahaya keimanan) sangat banyak tetapi telah tidak berguna dan tidak dapat membawa manusia ke syurga kerana semua manusia pada akhir zaman ini adalah ahli neraka. Sebab itu tuhan hantar imam mahdi ke dunia untuk membawa manusia ke syurga. Tetapi dia perlukan pertolongan dari manusia untuk melakukan kerja ini dan bukannya tentangan.
Saturday, May 11, 2024
DOSA PELIK-PELIK
Sunday, April 28, 2024
DEWI
Fazilah bte Hashim (isteri pertama imam Mahdi) juga adalah dewa perempuan ataupun dewi. Kuasa pertempurannya adalah separuh dari kuasa pertempuran imam Mahdi. Dia sentiasa ada bersama imam Mahdi kemana sahaja. Juga sentiasa bersama dalam pertempuran kecil dan besar.
PAHALA SEBESAR ALAM SEMESTA
Satu sembahyang/solat imam mahdi seorang diri atau berjemaah mendapat pahala sebesar alam semesta. satu sembahyang isteri imam mahdi (Fazilah) mendapat pahala sebesar separuh alam semesta. Satu sembahyang Syuaib Bin Musa (pembantu imam mahdi) juga mendapat pahala sebesar separuh alam semesta. Satu sembahyang pemerintah dunia juga mendapat pahala sebesar separuh alam semesta.
Tetapi pada zaman ini pahala sahaja tidak cukup untuk membawa manusia ke syurga. Kena ikut jalan yang telah di sediakan oleh imam Mahdi barulah boleh masuk syurga.
Saturday, April 27, 2024
AL QURAN ZAMAN BAHARU
Monday, March 4, 2024
MALAIKAT MAUT BANYAK DAN BUKAN SATU SAHAJA
Malaikat maut sangat ramai dan lebih ramai dari bilangan manusia di muka dunia. Satu malaikat maut hanya akan mencabut seorang sahaja manusia dalam satu kitaran alam semesta.Dan ramai lagi malaikat maut yang belum pernah mencabut nyawa walaupun seorang manusia.
Malaikat maut biasa ini bekerja untuk tuhan di dalam sistem alam (alam tuhan) yang bernama FAZILAH.
sedangkan malaikat maut tentera bekerja untuk imam Mahdi yamg merupakan tuhan muka bumi.
Dr Maza ini jahil dalam bab ini dan tidak menjawab soalan yang ditanyakan.
Saturday, February 10, 2024
SYAFAAT UNTUK AHLI NERAKA
Pada tahun 1998 imam Mahdi telah mengeluarkan kira-kira 10 billion umat terdahulu yang masuk neraka(neraka alam barzakh) dan memasukkan mereka ke dalam syurga(syurga alam barzakh). Mereka ini tidak akan lagi dihisab di padang mahsyar dan mendapat perlindungan semasa di sana dan akan terus masuk syurga dan kekal di sana selepas hari perbicaraan mahsyar..
Antara tahun 1998 - 2024 seramai 500 juta umat manusia yang adalah ahli neraka telah dimasukkan ke dalam syurga alam barzakh.
Jika imam Mahdi mati dan tidak dihidupkan kembali pada tahun ini, seramai 8 billion umat manusia akan masuk neraka alam barzakh selama lebih 40 000 tahun sebelum hari kebangkitan di mahsyar. Di mahsyar mereka tidak dapat perlindungan dan akan terus masuk neraka. Di padang mahsyar hanya imam mahdi yang boleh menyelamatkan umat zaman ini kerana mereka umatnya. Nabi-nabi lain tidak ada lagi umat yang ahli neraka yang mereka perlu selamatkan kerana imam mahdi telah menyelamatkan mereka terdahulu. Di padang mahsyar hanya 1 juta umat boleh diselamatkan dan selebihnya dicampak ke dalam neraka.
Imam Mahdi akan turun ke neraka setiap 1000 tahun untuk menyelamatkan 1 juta umat ke syurga. ketika menyelamatkan mereka imam Mahdi juga terbakar dengan api neraka. Dia yang menggantikan/mengambil seksa neraka umatnya , oleh kerana darjatnya tinggi, dalam masa 2 hari dia dapat menggantikan seksa umatnya untuk sejuta orang. Imam mahdi memerlukan 8 juta tahun untuk mengeluarkan semua ahli neraka hingga ahli neraka terakhir.
Sunday, January 28, 2024
MENYAMBUNG UMUR DUNIA
Pada tahun 1998 dunia sepatutnya telah kiamat, tetapi imam Mahdi berjaya menyambung umur dunia selama 25 tahun dengan menongkatnya dengan bantuan dari parawali pengikutnya. Sejak tahun 1998 imam mahdi sebenarnya telah mati/separuh hidup separuh mati, sebab itu apabila dia tidur/mati di waktu siang ataupun malam satu lapisan alam runtuh iaitu lapisan alam keramat. Jika dia tidur/mati selama 7 hari berturut-turut , 7 lapisan alam akan runtuh dan kiamat besar akan berlaku.
Sebab itu apabila dia mati sepenuhnya antara tahun 2024-2025, pengikutnya akan menghidupkannya semula sepenuhnya dan normal seperti manusia biasa dan tidak lagi separuh hidup separuh mati seperti sekarang. Tetapi parawali berselisih pendapat, ada yang mahu menghidupkannya semula dan ada yang tidak mahu kerana marah akan perbuatan imam Mahdi jika dia hidup kembali.
kiamat atau tidak kiamat nisbahnya adalah 50:50.
Hanya tuhan yang tahu......
Saturday, January 27, 2024
KUASA ALAM SEMESTA
Kuasa pertempuran yang dimiliki oleh setiap pahlawan keramat adalah berbeza-beza. Ada yang memiliki satu kuasa unsur seperti air, api dan lain-lain , ada juga di antara mereka memilki beberapa unsur kuasa sekaligus. Pahlawan keramat terbilang memiliki kuasa terkuat iaitu kuasa elemental (gabungan semua unsur yang ada di dunia), imam mahdi pula mempunyai kuasa yang paling besar dan istimewa iaitu kuasa alam semesta berubah-ubah.
Kuasa-kuasa ini jika tidak diurus dengan betul boleh memusnahkan bumi..
Wednesday, December 13, 2023
PEMBALASAN
Tuesday, November 28, 2023
ADA BANYAK IMAM MAHDI
Di setiap negara atau daerah akan ada satu imam mahdi. Imam Mahdi ini adalah imam Mahdi kecil peringkat negara atau daerah tersebut. Imam Mahdi kecil ini adalah pelengkap kepada imam Mahdi yang palimg besar iaitu imam mahdi peringkat dunia.
Di kampung Bentong sahaja ada tiga imam mahdi, iaitu imam Mahdi yang paling besar iaitu imam mahdi peringkat dunia, imam Mahdi kecil peringkat dunia dan imam mahdi kecil cawangan kg. Bentong Dalam dan di setiap negara di dunia ada imam Mahdi masing-masing.
Imam mahdi kecil ini membawa satu ciri ataupun kelebihan yang mereka ada, sedangkan imam mahdi yang paling besar memiliki semua ciri-ciri yang ada pada setiap satu imam Mahdi kecil ini.
Imam Mahdi yang paling besar yang paling berkuasa dengan kekeramatan yang paling besar.....
Saturday, November 4, 2023
KUASA HAWA NAFSU TUHAN
Friday, November 3, 2023
JiN BERSUKA RIA DALAM NEREKA DAN IBLIS PULA SUGUL
Jin dan iblis berasa sejuk dan selesa berada di dalam neraka dan berasa panas berada di dalam syurga.
Jin bersuka ria dalam neraka tetapi iblis pula sugul dan tidak berpuas hati kerana ahli neraka sejati di kalangan manusia kebal dan tahan dari api neraka dan berasa selesa berada di dalam neraka.
Ahli neraka sejati adalah manusia yang berada di akhir zaman kedua. Mereka bebas bergerak dan berjalan di dalam neraka. Sedangkan manusia yang hidup pada ketika ini (akhir zaman pertama) bukan ahli neraka sejati dan mereka terbelenggu dengan rantai jika berada di dalam neraka.Mereka juga terseksa dengan api neraka.
Di syurga tiada jin dan iblis, syurga didiami oleh manusia dan bidadari. Di sana manusia lebih cantik dari bidadari.
Tuesday, October 17, 2023
BADAN NERAKA
Setiap individu yang sedang hidup di dunia pada ketika ini mempunyai badan neraka. Badan neraka ini menunggu terbelenggu dengan rantai di dalam neraka menunggu tuannya yang berada dalam badan dunia dan berpindah masuk apabila mati. Kini adalah akhir zaman dan semua manusia tanpa mengira apa agama mereka adalah ahli neraka...Samada islam, kristian, hindu, buddha, yahudi dll semuanya adalah ahli neraka .
PERTEMPURAN KASIH SAYANG vs PERTEMPURAN CINTA vs PERTEMPURAN DENDAM
Ada banyak sebab berlakunya pertempuran sama ada kerana cinta atau pun dendam. Pertempuran kerana kehilangan orang yang dikasihi memakan korban yang paling besar berbanding kerana kehilangan orang yang dicintai ataupun kerana lain-lain dendam.
Kasih sayang adalah kuasa terbesar dan yang kedua adalah kuasa cinta. Kedua-dua kuasa ini adalah kuasa terbesar berbanding kuasa pelbagai keramat yang kami ada.Kasih sayang adalah suci sedangkan cinta mesti bercampur dengan nafsu.
Kedua-dua kuasa ini dimiliki oleh semua umat manusia....
Friday, June 23, 2023
PROGRAM MANUSIA DAN ALAM SEMESTA
Alam semesta adalah program ALLAH MAHA BESAR yang terbesar dan manusia dan makhluk lain adalah program-program kecil di dalam alam semesta. Program alam semesta boleh diandaikan seperti program komputer MICROSOFT WINDOWS yang menjalankan program-program kecil di dalamnya yang boleh diandaikan seperti manusia dan makhluk lain. NPC (non playable character) pula boleh dianalogikan seperti binatang-binatang yang banyak melata di muka dunia.
Program alam semesta ini dipanggil PROGRAM ALLAH. Sebab itu ada ayat Al-quran yang menyatakan bahawa Allah lebih dekat dari urat leher kamu kerana Allah adalah program yang mendirikan kita semua seperti program WINDOWS yang mendirikan semua program lain kerana tanpa WINDOWS tidak mungkin semua program lain dapat dijalankan. Tanpa Allah kita semua tidak wujud.. Allah di dalam alam adalah satu sistem .Sebab itu Allah Maha mengetahui..Seperti sistem WINDOWS yang mengetahui apa yang berlaku di dalam sesebuah computer. Antara program yang diprogramkan ke dalam manusia adalah bakat mereka dan takdir mereka.
Alam semesta, ruang Dan waktu Dan semua makhluk hanyalah seperti pixel di dalam skrin computer ataupun smartphone.
Sebab itu tuhan memberi ilham kepada manusia mencipta komputer untuk memberitahu manusia....
Sunday, June 11, 2023
PERJANJIAN DI ALAM ROH
Setiap roh manusia ketika berada di alam roh pernah berjanji dengan roh-roh manusia lain yang berjanji akan hidup bersama apabila lahir di dunia nanti yang mana mereka adalah jodohnya.
Setiap roh berjanji dengan banyak roh-roh lain untuk hidup bersama. imam mahdi(nur muhammad) paling banyak berjanji dengan roh-roh lain begitu juga roh-roh lain berjanji dengannya.
Oeh itu jodoh seseorang lelaki dan perempuan itu adalah banyak ketika berada di dunia dan bukanya seorang sahaja.Cuma kita sahaja yang tidak ingat perjanjian antara roh-roh ini apabila kita lahir di dunia.
Perjanjian antara roh ini juga menyumbang kepada gejala gay dan lesbian kerana bagi seorang yang lahir ke dunia sebagai lelaki mungkin bertemu dengan roh yang pernah berjanji dengannya yang juga lahir sebagai lelaki, walau bagaiana pun mungkin ada roh lain yang pernah berjanji dengannya yang lahir sebagai perempuan. begitu juga dengan seseorang yang lahir sebagai perempuan, mungkin ada roh-roh yang pernah berjanji dengannya yang lahir ke dunia sebagai perempuan ataupun lelaki.
















