Search This Blog

Monday, May 28, 2012

HADIS-HADIS MENGENAI IMAM MAHDI

HADIS-HADIS NABI MUHAMMAD MENGENAI IMAM MAHDI



Hadis mengenai imam Mahdi adalah hadis mutawatir di mana ia diriwayatkan oleh 33 orang sahabat. Walau pun dalam sohih Bukhari dan Muslim tidak dijelaskan tentang imam Mahdi secara terang di mana ia hanya disebut sebagai imam, pemimpin yang soleh tetapi dalam banyak hadis daripada perawi yang lain seperti Ibnu Majah, Tirmizi, Abu Daud dan selain mereka maka ia disebut secara jelas tentang imam Mahdi melalui hadis sohih dengan sanad yang sohih.

Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi

Telah bersabda Rasululah s.a.w, “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)

Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya bumi dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis. Hadith riwayat At-Tabarani. 



Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim dan Ahmad daripada Jabir bin Abdullah di mana dia telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :“Sentiasa ada segolongan daripada umatku yang berjuang atas jalan kebenaran secara berterus terang sehingga hari qiamat. Sabdanya lagi : Lalu turunlah nabi Isa bin Maryam maka berkatalah pemimpin daripada kalangan mereka (imam Mahdi) : Silalah bersembahyang bersama kami sebagai imam. Lalu sabda Nabi Isa : Tidak! Sesungguhnya di kalangan kamu menjadi pemimpin sebagai suatu penghormatan terhadap umat ini.”

Hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad daripada Abi Said al-Khudri telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Akan lahir dalam umatku Mahdi sekiranya dipanjangkan umurnya atau pendek maka beliau akan hidup selama tujuh atau lapan atau sembilan tahun di mana akan dilimpahi muka bumi ini kesaksamaan dan keadilan, keluar tumbuh-tumbuhan daripada bumi dan turunnya hujan dari langit.”
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim daripada Ummu Salamah telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Mahdi daripada keturunanku daripada anak Sayyidatina Fatimah.”

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad).

Rasulullah saw berkata,"Al-Mahdi akan muncul dalam umatku. Dia akan muncul selama sedikitnya 7 tahun dan paling banyak 9 tahun. Umatku akan mengalami perasaan yang tidak dialami sebelumnya. Akan terjadi limpahan makanan, yang tidak perlu disimpan sama sekali, harta pada saat itu berlimpah, sehingga jika seorang manusia meminta Mahdi, dia akan berkata: "Ini, ambil" (Ibn Majah).



Hudzaifah berkata: Rasulullah saw bersabda: “Mahdi adalah putraku yang wajahnya seperti bintang kejora”.
Dari Hudzaifah ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “Mahdi adalah putraku yang wajahnya seperti bintang kejora, warana kulitnya seperti warna kulit orang Arab, dan badannya seperti badan orang Israel (Yahudi) yang akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana telah dipenuhi oleh kezaliman, penduduk langit akan rela atas kepemimpinannya, dan begitu juga burung di angkasa, di mana beliau akan memerintah selama dua puluh tahun”.

Dari Makhul dari imam Ali bin Abi Thalib as bersabda: “aku berkata wahai rasulullah! Apaka Mahdi termasuk dari kita (keluarga Muhammad saw) atau selain dari keluarga kita? Maka Rasulullah saw bersabda: tidak, Mahdi adalah termasuk dari keluarga kita, Allah SWT akan mengakhiri agamanya melalui perantara kita sebagaimana Allah telah membukanya melalui perantara kita, dengan kita mereka terselamatkan dari fitnah atau cobaan sebagaimana mereka juga telah terbebas dari belengu kemusrikan berkat kita, dengan kitalah hati-hati manusia menjadi lunak setelah dialanda kerasnya permusuhan, dengan kitalah manusia yang dulunya bersengketa menjadi saling kasih dalam ikatan persaudaraan”.

Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata, "Pada suatu hari tubuh Rasulullah s.a.w. bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?' Rasulullah s.a.w. menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah untuk memburu seorang laki-laki quraisy yang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?' Beliau menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah s.w.t. akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka masing-masing.'" (HR. Bukhary, Muslim).

Untuk mengetahui siapa imam Mahdi sebenar lawatilah http://imam-mahdi.zxq.net atau lihat post lain di blog ini.


AL MAHDI AL MUNTAZAAR

11 comments:

Anonymous said...

sesiapa yg memandang DIA.. wajahny sungguh mempersonakan..alhamdullilah..
seperti yg di katakn oleh NABI ..Bulu kening yg lebat ...lesung pipit hanya satu di sebelah kanan dan tahi lalat di sebelah kanan pipi...semuany benar..

Anonymous said...

sesiapa yg mengaku diriny imam mahdi...maka ia akan menjadi gila...berani mengaku berani jawab...DENGAN NAMA ALLAH ..AKU TK AKAN BIARKAN NAMA MAHDI DI CEMAR..

Anonymous said...

Iman Mahdi itu mungkin berasal dari pantai timur Malaysia. Cuba anda semua perhatikan bendera-bendera Terengganu dan Pahang. Hitam putih warnanya.. Itulah khurasan..

Anonymous said...

HADIS2 MENGENAI IMAM MAHDI AS...

Bukti2 dan dalil2 mengenai Imam Mahdi ada dlm Al-Quran dan Hadis2 Nabi. (1) Dlm Al-Quran itu tidak mengkhabarkan secara direct siapa itu Imam Mahdi, tetapi ada tersirat ciri2nya hingga bisa menjurus kepada kefahaman keberadaan dan kekuatan Imam Mahdi itu. (2) Dlm Hadis2 Nabi itulah yg paling banyak menjelaskan mengenai hal ehwal Imam Mahdi. Samada berupa Hadis Sahih, ato Hadis Palsu, ato Hadis Israeliat. Samada Hadis kiasan ato lambang2 tersirat yg perlu ditafsirkan maksodnya secara waras...

Perlu diketahui antara Sifat Kesempurnaan Nabi itu adalah Fatanah, yaitu Bijaksana. Maka janganlah heran jika terdapat banyak Hadis2 Nabi mengenainya. Ada Hadis secara jelas menerangkan secara terang akan kedatangannya, supaya kita beriman kepadanya. Ada Hadis yg samar2, itu utk mengelirukan dan mengabui mata musuh2nya. Sebab tugas Mahdi itu berbentuk semesta sejagat raya, yg akan melumpuhkan kuasa Yahudi Sang Dajjal Al-Masikh dari menakluki dunia. Maka terpulanglah kepada keariffan Ummat Islam itu utk menapis dan memahaminya akan maksod Hadis2 tersebut...

Salah satu Hadis Nabi yg bisa menjurus kepada kefahaman akan kebangkitannya seperti berikut. AL-HADIS : "Jika usia bumi ini hanya tinggal sehari lagi (akan Kiamat), nescaya Allah akan bangkitkan keturunan-ku (Ahlulbait dari Sulbi Nabi), yg akan memenuhi semula bumi ini dgn keadilan dan kemakmuran, sebageimana bumi sebelumnya telah dipenuhi dgn kekufuran, kesesatan dan kezaliman..."

Maka yg dimaksodkan dgn keturunan-ku dari sulbi-ku itu, mereka itulah yg dinamakan Ahlulbait Nabi, karna bernasabkan terus bersambong bertali arus dgn Nabi Muhammad SAW. Barang siapa menafikan Rasulullah SAW tiada anak lelaki sebagei penyambong warisan zuriat Muhammad SAW, dia adalah sejahil2 Ummat Nabi. Maka tinggallah satu Teka-Teki, diantara dua cucu Nabi, Al-Hassan dgn Al-Hussein siapakah dia yg sebenar2nya Ahlulbait Nabi..?? Biarkanlah Teka-Teki itu terpendam jadi Misteri Alam bagi Dunia Islam yg sudah dimamah usia selama 1443 Hijriah lamanya, tenggelam ditelan Fitnah Akhirul Zaman. Kapankah kemunculannya..?? Difahamkan apabila kekufuran, kesesatan dan kezaliman sudah bermaharala-lela, sehingga mencapi keperingkat paling maksima. Namun waktunya yg tepat hanya Allah Rabbul Jallal itu jua Yg Maha Tahu lagi Maha Merencana setiap sesuatu...

Wallahu'alam....

Anonymous said...

Oppps... koreksi 1434 Hijriah...

Anonymous said...

DOKTRIN HAKEQAT MUHAMMAD...

Bermula Doktrin Hakeqat Muhammad telah memulai "Pusingan Awal" nya melalui Nabi Adam AS. Manakala diakhiri "Pusingan Penutup" nya melalui Junjongan Agong Nabi Muhammad SAW. Maka tamad dan lengkaplah sudah misi2 dan tugas2 Kenabian dan Kerasolan. Walo pun tugas2 Kenabian Kerasolan telah berakhir, namun terus bersambongan di Alam Kewalian. Jika kepada Baginda Rasol Nabi Muhammad SAW itu dibilang Miskat Khatamul Nabuah - Obor Penutup Kenabian diAwal zaman. Maka Imam Mahdi AS sebagei penzahir Muhammad Ke2 itu pula dibilang Khalifah Akhir Zaman...

SYARAT MENJAWAT JAWATAN IMAM MAHDI AS ADA 2 : Makanya dari Al-Hadis diatas itu bisa membawa 2 makna, pertama satu bermaksod Alam Kedirian dan kedua satu lagi bermaksod Mahdi berwajah Kesemestaan. Maka yg menjadi pokok Akhir Zaman ini adalah Imam Mahdi yg bakal bangkit membawa misi dan tugas2 Kesemestaan di Akhir zaman. Maka dari Al-Hadis itu juga terang menjelaskan bahawa salah satu syarat utk calon Imam Mahdi itu dia mestilah dari Nasab Ahlulbait Nabi. Satu syarat lagi ngak ada dikhabarkan melalui dimana2 Hadis ato riwayat, melainkan ada dikhabarkan melalui lidah Para Wali di Alam Kewalian...

SYARAT PERTAMA : Maknanya calon Imam Mahdi itu mestilah berdarah Ahlulbait dari Keturunan Nasab Al-Hussein, namanya dimulai dgn "Syed" dari pangkat gelaran "Syeddina". Jika tidak dia telah "tulah" karna melanggar syarat Nabi dan Alam Kewalian. Namun ada Syed2 Al-Hussein itu telah membuang nama gelaran Syed dsbnya itu karna takut diburu dan dibunuh. Seperti apa yg telah berlaku pada leluhur mereka yaitu Syeddina Imam Hussein AS. Dia gugur syahid, angkara Yazid Muawiyyah Sang Dajjal Al-Masikh. Kepalanya dipenggal dibawa ke Damsyik, manakala badannya disemadikan diKarbala.. Apakah sebabnya "Anak Nabi" itu diperlakukan dgn kejam sebegitu cara dan rupa...???

SYARAT KEDUA : Makanya sebelum Paduka Nabi SAW dinobat sebagei Nabi, baginda ada meninggal satu Ilmu Pertapaan, tatakala di Alam Pertapaan selama 44 hari diGua Hiraq diJabal Nur. Maka dibukukan atas sekeping "Kulit Unta" dinamakan "Kitab Pusaka Nabi" utk Ahlulbaitnya menerajui Akhir Zaman. Maka sewajarnya Imam Mahdi itu adalah pewaris kepada "Kitab Pusaka Nabi" itu. Barang siapa ada 2 Syarat2 ini, maka layaklah dia mencoba naseb menjawat jawatan Imam Mahdi AS itu menerajui Akhir Zaman. Dimanakah beradanya itu "Kitab Pusaka Nabi" itu..?? Masa dan zaman sileh berganti, ada kedengaran ianya telah hilang ghaib ditelan zaman. Maka jadilah ianya satu2nya kitab rebutan di Alam Kewalian...

Wallahu'alam, Bissawabbbb....

Anonymous said...

Kemungkinan si penulis terkena cahaya al mahdi.

Anonymous said...

HADIS-HADIS MENGENAI IMAM MAHDI... Kebanyakan Hadis2 mengenai Imam Mahdi adalah Hadis2 Palsu rekaan semata. Ada Hadis2 Israeliat ato Nasraniliat seperti turunnya Jesus membantu Imam Mahdi, yg kalo kurang faham maksodnya bisa menyesatkan. Syiah dan Sunni (ASWJ) sama2 pintar mereka2 Hadis2 Palsu utk menegakkan benang basah masing2 dgn gaya tersendiri.. Cukuplah satu dua Hadis Saheh buat rujukan keberadaannya itu Imam Mahdi. Sebaik2nya rujuklah guru yg ada Ilmu Laduni, yg berguru terus dgn Tuhan tanpa perantaraan... Guru yg ada Ilmu Laduni hanya Allah Rabbul Jalil nobatkan kepada seorang Hamba-Nya yg beriman. Dialah Sang Penjaga Mata Air Kehidupan.... Maknanya Imam Mahdi Sejati itu diawasi dibimbing oleh Nabi Khidir AS... Hanya Imam2 Mahdi Palsu yg dibimbingi dan disesatkan oleh Syaitan.....

Anonymous said...

Tidak terdapat walau sepotong ayat tentang imam mahadi di dalam al quran.

Unknown said...

Aqu tahu imam Mahdi bkn dtg Dari keturunan Nabi tapi byk ulama rahsia kn identiti dia..Dan aqu tahu dia asal org Timur,dia dia leh berbual ngan Allah sejak umur dia 5 thn Dan Allah ckp dia seorang yg special

Unknown said...

Dlm buku Armageddon 2020 peperangan akhir zaman author Mohd Alaxendar Ada tulis siapa imam Mahdi yg sebenarnya tapi ni buku kena band kt Singapore