Masalah Kenan pada bayi yang dilahirkan bermula dari dalam
kandungan lagi. Ada bayi yang kenan monyet, ular dan beberapa lagi yang biasa
berlaku. Ada kenan yang berlaku hanya sekejap selepas kelahiran dan hilang
selepas bayi mula membesar dan ada juga yang kekal hingga dewasa. Contohnya
apabila suami membunuh kera, dan isterinya sedang mengandung, anaknya apabila
lahir ada sedikit atau banyak ciri kera. Tetapi perkara kenan biasa berlaku pada masyarakat melayu dan
jarang berlaku kepada bangsa lain. Persoalannya, kenapa begitu?
Jawapannya adalah mudah, ia ada kaitan dengan budaya
masyarakat melayu yang ‘buat’(mengkufurkan dan merosakkan) batin pengantin
lelaki dan perempuan sebelum perkahwinan dijalankan. Batin seseorang yang ada
dalam diri seseorang selain memberi sifat dan membentuk diri, ia juga menjadi
perlindungan dari kemasukan unsur asing atau roh atau batin asing dari luar, apabila
ia dirosakkan atau dilemahkan,unsur roh asing boleh masuk ke dalam tubuh
seseorang itu.Dalam kes sang suami membunuh kera, batin atau unsur roh dari
kera yang mati akan masuk ke dalam tubuh suami, apabila si suami pulang dan bersama
isteri yang mengandung, roh atau unsur asing kera akan masuk ke dalam tubuh
isteri dan seterusnya ke dalam kandungan dan menjejaskan dan memberi sifat kera
kepada bayi dalam kandungan, apabila ia lahir baru nampak kesannya. Ia hanya
memberi kesan pada bayi dalam kandungan kerana ia dalam proses pembentukan dan
tidak memberi kesan pada si suami atau si isteri. Maka Kenan ada kaitan dengan
budaya dalam perkahwinan masyarakat melayu. Sebab itu ia biasa berlaku dalam
masyarakat melayu dan jarang pada bangsa lain. Jika sesuatu kelainan disebabkan oleh genetik, ia akan kekal sampai dewasa, tetapi kenan akan hilang semasa proses pembesaran bayi(dalam kebanyakan kes).
AL MAHDI AL MUNTAZAAR