Masalah Kenan pada bayi yang dilahirkan bermula dari dalam
kandungan lagi. Ada bayi yang kenan monyet, ular dan beberapa lagi yang biasa
berlaku. Ada kenan yang berlaku hanya sekejap selepas kelahiran dan hilang
selepas bayi mula membesar dan ada juga yang kekal hingga dewasa. Contohnya
apabila suami membunuh kera, dan isterinya sedang mengandung, anaknya apabila
lahir ada sedikit atau banyak ciri kera. Tetapi perkara kenan biasa berlaku pada masyarakat melayu dan
jarang berlaku kepada bangsa lain. Persoalannya, kenapa begitu?
Jawapannya adalah mudah, ia ada kaitan dengan budaya
masyarakat melayu yang ‘buat’(mengkufurkan dan merosakkan) batin pengantin
lelaki dan perempuan sebelum perkahwinan dijalankan. Batin seseorang yang ada
dalam diri seseorang selain memberi sifat dan membentuk diri, ia juga menjadi
perlindungan dari kemasukan unsur asing atau roh atau batin asing dari luar, apabila
ia dirosakkan atau dilemahkan,unsur roh asing boleh masuk ke dalam tubuh
seseorang itu.Dalam kes sang suami membunuh kera, batin atau unsur roh dari
kera yang mati akan masuk ke dalam tubuh suami, apabila si suami pulang dan bersama
isteri yang mengandung, roh atau unsur asing kera akan masuk ke dalam tubuh
isteri dan seterusnya ke dalam kandungan dan menjejaskan dan memberi sifat kera
kepada bayi dalam kandungan, apabila ia lahir baru nampak kesannya. Ia hanya
memberi kesan pada bayi dalam kandungan kerana ia dalam proses pembentukan dan
tidak memberi kesan pada si suami atau si isteri. Maka Kenan ada kaitan dengan
budaya dalam perkahwinan masyarakat melayu. Sebab itu ia biasa berlaku dalam
masyarakat melayu dan jarang pada bangsa lain. Jika sesuatu kelainan disebabkan oleh genetik, ia akan kekal sampai dewasa, tetapi kenan akan hilang semasa proses pembesaran bayi(dalam kebanyakan kes).
AL MAHDI AL MUNTAZAAR
4 comments:
Bukan Melayu aja yg ada pantang larang ketika bini mengandong. Hindu lagi kuat takutnya bila bunuh binatang, walo dia tak berbini ato bininya tak mengandong sekali pun. Setiap binatang ada jembalangnya yg mengawalnya. Seperti berok, Sang Hanuman dewanya. Cuma Melayu yg kuat semangatnya, tegoh imannya pada Tuhan, ada yg berani bunuh berok, jika sudah terpaksa. Tak kena pun kenannya, ato pelaknya, ato badinya pun... Islam melarang membunuh binatang sewenang2nya, kecuali ia menderhaka membahayakan manusia.. Namun hewan2 yg dihalalkan dimakan yg perlu disembeleh dgn didahului Asmak2 Allah yg tertentu, adalah dibenarkan...
Sebenarnya dalam islam sendiri ada menyebut tentang tanggungjawab manusia terhadap haiwan dan jangan sakiti haiwan sembarangan.. tetapi islam menolak apabila dikaitkan roh.. sebab dalam islam apabila matinya sesuatu makhluk.. akan putus lah amalan mereka, ini bererti roh tidak akan berhubung dgn makhluk hidup dibumi..
Tentang kenan dan kecacatan yang terjadi pada bayi pula adalah disebabkan balasan tuhan kepada ibu bapa kerana mereka berbuat zalim pada binatang.. itulah kepercayaan islam terhadap kenan
Dan tentang jelmaan roh atau hantu pula.. dalam islam hantu bukan roh,
Pada fikiran orang kafir:- hantu adalah jelmaan roh
Pada ajaran islam:- hantu adalah jelmaan "Jin Qorin", dalam islam setiap MANUSIA yang lahir akan disertakan bersama "Jin Qorin" dan "Malaikat Qorin", mereka berdua merupakan kembar kepada manusia, dan mereka hidup dalam jasad manusia, "Jin Qorin" merupakan setan kepada manusia, tugas "Jin Qorin" adalah meniupkan keinginan jahat dalam hati manusia, dan "Malaikat Qorin" adalah meniupkan keinginan kebaikan dalam hati manusia, apabila manusia itu sudah mati, dua-dua Qorin ini akan terpisah dari jasad manusia dan mereka tidak akan mati sehingga kiamat, dan roh manusia itu pula akan dipindahkan ke ALAM barzakh dan menetaplah roh manusia di barzakh sebelum dipindahkan ke ALAM berikutnya.. "Jin Qorin" yang masih lagi hidup inilah yang selalu manusia panggil sebagai hantu..
Jin adalah makhluk yang mempunyai pelbagai jenis.. ada yang bentuknya macam anjing, ular, manusia separuh ular, ada bangsa jin bermata satu, bertanduk, ada yang boleh terbang, ada yang berjalan dan sebagainya.. ada juga sejenis jin yang "tiada jantina" atau "no gender".
Tetapi kedudukan "Jin Qorin" agak istimewa kerana mereka lahir bersama manusia dan wujud sebagai kembar manusia. Mempunyai wajah yang sama dengan manusia kembarannya, bahkan cop jari mereka juga sama dengan manusia kembaran nya..
Post a Comment