Search This Blog

Thursday, August 14, 2014

PENCIPTAAN SYURGA TERTINGGI UNTUK UMAT IMAM MAHDI

Sesungguhnya syurga tertinggi adalah syurga imam Mahdi daan umatnya kerana dia adalah utusan tuhan yang terakhir dan terbesar.

 Penciptaan syurga tertinggi adalah dari kalimah 'subhanallah'. Pada ketika imam Mahdi masih beragama islam Muhammad dan belum mengetahui dirinya imam Mahdi dan belum membawa ajaran zahir, dua malaikat di kiri kanannya menyuruhnya mengucapkan ' subhanallah' sambil berniat mencipta syurga, lalu terbentang luaslah syurga tertinggi dengan cahaya kuning keemasan di dalamnya. Ia menantikan ahli-ahli baru untuk memasukinya.

Pada hari setelah dia diberitahu oleh pengikutnya bahawa dia adalah imam mahdi, tuhan memberinya kuasa  'kun fa yakun' lalu dia dapat meruntuhkan neraka dan membebaskan penduduknya lalu masuk ke syurga. Tetapi neraka terdiri semula menantikan mangsa baharu.

Sesungguhnya kuasa ' kun fa yakun' hanya diberi sebentar dan tidak boleh dimiliki sepenuhnya kerana manusia tidak layak memilikinya kerana manusia akan tersesat jika memiliknya. Sesungguhnya nabi-nabi adalah mengikut kehendak tuhan dan bukan mengikut kehendak mereka sendiri.

Jika imam Mahdi berjaya membina kerajaan dunianya, syurga tertinggi akan menjadi syurga terbesar bilangan umatnya, jika gagal syurganya hanya seperti syurga nabi lain dari segi bilangan umatnya.





AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Wednesday, August 13, 2014

TANYALAH HATI, AKAL, BATIN, PERASAAN DAN JANGAN KETEPIKAN NAFSU

Manusia diberi tuhan unsur hati, akal, batin, perasaan dan nafsu. Ia menjadikan seseorang itu bergelar manusia atau insan. Tanpa salah satu daripadanya sesorang itu bukan lagi manusia. Jika salah satu daripadanya tidak berfungsi, maka cacatlah seseorang itu.

Tindakan dan percakapan manusia dikawal oleh unsur-unsur ini. Untuk melakukan sesuatu dengan betul dan mencapai keseimbangan ia harus dipertimbangkan oleh kelima-lima unsur ini. Jika terlalu ikut hati... mati, jika terlalu ikut rasa... binasa..., jika terlalu ikut nafsu... kita lesu.. Semua unsur harus mengambil bahagian dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada besar atau kecil agar ia seimbang dan menjadi betul. Jika salah satu daripada unsur- unsur dalam diri kita ini rosak, maka ketidakseimbangan akan berlaku. Maka kita haruslah menjaga ia agar tidak rosak.Tindakan dan keputusan yang paling baik adalah keputusan yang dibuat dalam keadaan hati dan perasaan yang tenang yang telah dipertimbangkan oleh akal dan diperhalusi oleh batin dan dipersetujui oleh nafsu.



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Wednesday, August 6, 2014

Menyakitkan hati sama seperti hampir membunuh

Menyakitkan hati sesorang adalah salah satu dari dosa batin yang kejam. Ia seolah-olah membunuh sesorang dengan halus dan dari dalam. Perbuatan ini biasanya dilakukan olrh kaum perempuan dan kadang-kadang juga lelaki. Ia boleh dilakukan secara sengaja atau sebaliknya. Perbuatan ini boleh membunuh jiwa dan semangat seseorang oleh itu ia adalah kejam dan seolah-olah seperti membunuh. Kesakitan hati boleh menyebabkan kesengsaraan dan boleh mencetuskan dendam. Ada pepatah lama mengatakan,  SAKIT HATI..  MATI....

Punca sesorang menyakitkan hati sesorang yang lain adalah banyak, antaranya adalah kerana cemburu, marah, iri hati, tidak puas hati, sifatnya sendiri dll.

Kisah peribadi saya sendiri ketika di pusat pengajian tinggi: kerana mengejar seorang perempuan yang lain saya menyakitkan hati seorang perempuan yang lain. Kerana penyesalan tersebut saya menghilangkan diri. Setiap perbuatan ada balasannya dan saya telah pun menerima pembalasan. Kepada wanita tersebut yang bernama Fi*****i K*******h, saya memohon seribu kemaafan.    

 Lebih baik menenangkan hati daripada menyakitkan hati kerana hati yang tenang adalah suasana syurga. Hati harus dijaga dan disuburkan dan jangan biarkan ia kotor dan mati.

AL MAHDI AL MUNTAZAAR