Menyakitkan hati sesorang adalah salah satu dari dosa batin yang kejam. Ia seolah-olah membunuh sesorang dengan halus dan dari dalam. Perbuatan ini biasanya dilakukan olrh kaum perempuan dan kadang-kadang juga lelaki. Ia boleh dilakukan secara sengaja atau sebaliknya. Perbuatan ini boleh membunuh jiwa dan semangat seseorang oleh itu ia adalah kejam dan seolah-olah seperti membunuh. Kesakitan hati boleh menyebabkan kesengsaraan dan boleh mencetuskan dendam. Ada pepatah lama mengatakan, SAKIT HATI.. MATI....
Punca sesorang menyakitkan hati sesorang yang lain adalah banyak, antaranya adalah kerana cemburu, marah, iri hati, tidak puas hati, sifatnya sendiri dll.
Kisah peribadi saya sendiri ketika di pusat pengajian tinggi: kerana mengejar seorang perempuan yang lain saya menyakitkan hati seorang perempuan yang lain. Kerana penyesalan tersebut saya menghilangkan diri. Setiap perbuatan ada balasannya dan saya telah pun menerima pembalasan. Kepada wanita tersebut yang bernama Fi*****i K*******h, saya memohon seribu kemaafan.
Lebih baik menenangkan hati daripada menyakitkan hati kerana hati yang tenang adalah suasana syurga. Hati harus dijaga dan disuburkan dan jangan biarkan ia kotor dan mati.
AL MAHDI AL MUNTAZAAR
No comments:
Post a Comment