Search This Blog

Friday, January 16, 2015

IMAM MAHDI BUKANLAH PEMIMPIN YANG POPULAR

Dia bukanlah pemimpin yang popular atau disukai ramai atau digemari oleh semua orang. Ramai pengikutnya juga membencinya, mereka mengikutinya atas dasar tanggungjawab kerana mereka telah terpilih untuk mengikutinya atas pilihan tuhan maha kuasa. Ini adalah kerana imam Mahdi kerja utamanya mencabut nyawa (membunuh) manusia untuk memenuhkan kerajaan syurga terbesar. Dan ini bukanlah perbuatan yang baik atau dipandang mulia.

Imam Mahdi bukanlah suka membunuh tetapi telah menjadi tanggungjawabnya dan ditakdirkan tuhan untuk menjadi begitu. Dia dimusuhi oleh orang-orang yang ditakdirkan menjadi musuhnya dan para wali memperkenalkan/memberitahu seorang demi seorang siapa yang akan menjadi seterunya zaman berzaman. Kebanyakan musuhnya datang dari zaman ini dan bukannya dari zaman hadapan.

Musuh-musuhnya membuat dia tidak senang duduk atau hidup dengan tenang zaman berzaman. Musuh-musuhnya akan menabur fitnah dan kadang-kadang menyebabkan dunia yang mewah dan aman bergolak. Ia akan segera dipadam oleh imam Mahdi. Musuh-musuhnya juga akan mencuba pelbagai cara untuk membunuhnya zaman berzaman.

Dunia bukanlah tempat untuk bersrnang-lenang, tetapi tempat untuk menghadapi ujian walaupun untuk imam Mahdi sendiri, akhirat juga tempat untuk mengutip hasilnya.

wassalam



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

No comments: