Search This Blog

Wednesday, June 10, 2015

SEBAIK-BAIK JIN ADALAH SEJAHAT-JAHAT MANUSIA

Peribahasa  atau kata-kata ini adalah membandingkan antara jin dan manusia. Ia bermaksud jin yang paling  baik bersamaan sifatnya dengan manusia yang paling jahat di dunia. Tetapi sejauh manakah logiknya jika difikirkan dengan akal.

Mungkin jin yang paling baik boleh dikaitkan kepada jin yang mengajar ilmu perubatan perbomohan kepada terutamanya orang-orang di kepulauan melayu. Mereka mengajar mereka mengubati penyakit kasar dan halus manusia. Tetapi manusia paling jahat boleh dikaitkan dengan orang yang melakukan jenayah 3 dalam 1 iaitu rompak, rogol dan bunuh sekaligus kepada mangsanya. Jadi tidak logiklah atau salahlah peribahasa atau kata-kata tersebut kerana langsung tak sama antara jin paling baik dengan manusia paling jahat.

Sebenarnya peribahsa itu tidak salah. Apa yang dimaksudkan oleh orang yang menciptanya adalah batin dan bukannya zahir. Maksudnya adalah batin jin yang paling baik sama kotornya, buruknya dan busuknya dengan manusia yang paling jahat. Dan ia bukanlah bermaksud dari segi zahir. Ini menunjukkan kerendahan dan kehinaan semulajadi jin jika dibandingkan dengan manusia. Sebab itu manusia tidak boleh berkawan atau bergaul dengan jin kerana tidak setaraf dari segi keadaan batin.

Oleh itu pencipta peribahasa atau kata-kata ini pada zaman dahulu adalah orang yang sangat bijak, berhikmah dan berpengalaman tentang jin dan manusia dan bukan calang-calang orangnya. Cuma manusia pada zaman ini mungkin tidak begitu memahami apa yang cuba disampaikan.

Wassalam.

AL MAHDI AL MUNTAZAAR

No comments: