Search This Blog

Sunday, July 19, 2015

PANJI-PANJI HITAM SEBENAR

Imam Mahdi telahpun menemui bakal pelukis dan pembina panji-panji hitam kerajaan dunia imam Mahdi. Orangnya masih budak, masih bersekolah, baru berumur 13 tahun. Belum boleh melukis panji-panji hitam. Jika kerajaan dunia imam Mahdi berjaya terbentuk dalam 20-30 tahun lagi barulah ia dlukis dan dicipta.

Panji hitam pengganas ISIS  bukanlah panji hitam imam Mahdi, ISIS bukan tentera imam Mahdi!!!!




Monday, July 6, 2015

ADAKAH JIN DAN SYAITAN MASIH DIBELENGGU DI BULAN RAMADHAN?





Satu peristiwa telah berlaku di sebuah sekolah rendah di Kluang, Johor pada hari Ahad 18 Ramadhan/15 Julai 2015. Seorang murid perempuan tahun 2 menceritakan bahawa ketika berada di tandas perempuan seorang diri pada waktu tengahari di bulan puasa, satu makhluk berbulu hitam dan bermata satu menangkapnya dan mengikat kakinya. Beberapa waktu kemudian dia terlihat murid lain dan cikgu yang sedang mencarinya, lalu menjerit memanggil mereka tetapi jeritannya tidak didengari. Kemudian beberapa ketika guru mendengar jeritan murid di tepi dewan yang agak jauh dari tandas di mana murid itu telah disorok oleh hantu atau jin tersebut, barulah mereka menemui murid perempuan tersebut.


Peristiwa ini walaupun hanya berlaku kepada seorang murid kecil tetapi mempunyai kesan dan implikasi yang besar terhadap puasa dan agama islam. Ini membuktikan bahawa hadis yang mengatakan jin dan syaitan dibelenggu di bulan puasa tidak benar lagi dan ia hanyalah berita lapuk yang telah ditelan zaman. Ini menunjukkan bahawa bulan puasa telah tidak terwujud lagi atau telah terbatal, Ini adalah kerana telah datangnya imam Mahdi di zaman ini dan memperbaharui agama. Peristiwa ini membuktikan bahawa agama islam telah termansuh dengan kedatangan imam Mahdi yang juga memansuhkan puasa di bulan ramadhan.



Wassalam.

AL MAHDI AL MUNTAZAAR