Satu peristiwa telah berlaku di sebuah sekolah rendah di
Kluang, Johor pada hari Ahad 18 Ramadhan/15 Julai 2015. Seorang murid perempuan
tahun 2 menceritakan bahawa ketika berada di tandas perempuan seorang diri pada
waktu tengahari di bulan puasa, satu makhluk berbulu hitam dan bermata satu
menangkapnya dan mengikat kakinya. Beberapa waktu kemudian dia terlihat murid
lain dan cikgu yang sedang mencarinya, lalu menjerit memanggil mereka tetapi
jeritannya tidak didengari. Kemudian beberapa ketika guru mendengar jeritan
murid di tepi dewan yang agak jauh dari tandas di mana murid itu telah disorok
oleh hantu atau jin tersebut, barulah mereka menemui murid perempuan tersebut.
Peristiwa ini walaupun hanya berlaku kepada seorang murid
kecil tetapi mempunyai kesan dan implikasi yang besar terhadap puasa dan agama
islam. Ini membuktikan bahawa hadis yang mengatakan jin dan syaitan dibelenggu
di bulan puasa tidak benar lagi dan ia hanyalah berita lapuk yang telah ditelan
zaman. Ini menunjukkan bahawa bulan puasa telah tidak terwujud lagi atau telah
terbatal, Ini adalah kerana telah datangnya imam Mahdi di zaman ini dan
memperbaharui agama. Peristiwa ini membuktikan bahawa agama islam telah
termansuh dengan kedatangan imam Mahdi yang juga memansuhkan puasa di bulan
ramadhan.
Wassalam.
AL MAHDI AL MUNTAZAAR
No comments:
Post a Comment