Search This Blog

Wednesday, June 24, 2015

KES ADIK MEMBUNUH ABANG KERANA TIDAK BERPUASA

Pada 24 jun 2015, di Banting, Selangor berlaku pergaduhan di antara abang, 32 dan adik, 27 kerana marahkan abangnya tidak berpuasa bulan ramadhan hingga menyebabkan abangnya terbunuh.

Kes ini menunjukkan betapa kesesatan dalam beragama yang telah menular dalam umat islam. Berpuasa atau tidak adalah urusannya dengan tuhan kerana dia telahpun dewasa. Nabi hanya menyuruh merotan kanak-kanak berumur 10 tahun jika tidak bersembahyang dan tiada arahan merotan kanak-kanak jika tidak berpuasa. kanak -kanak pun tiada arahan paksa apatah lagi orang dewasa. Juga tiada hadis mengarahkan untuk menangkap atau membunuh orang yang tidak berpuasa. Orang berpuasa kerana hidayah tuhan dan bukannya dipaksa-paksa oleh orang lain. Jika dipaksa oleh orang lain , maka tiada kekuatan dalam dirinya untuk menahan lapar dan dahaga.

AL MAHDI AL MUNTAZAAR

No comments: