Search This Blog

Monday, January 25, 2016

RAHSIA AZAN YANG HILANG DITELAN ZAMAN

Azan pada zaman nabi Muhammad hanya boleh didengari oleh orang islam sahaja dan orang kafir tidak dapat mendengarnya. Walaupun tidak menggunakan pembesar suara ia boleh didengari oleh orang islam walaupun berada jauh dipinggir kota.Orang kafir pula walaupun berada disebelah masjid tidak dapat mendengar azan yang dikumandangkan.

Tidak seperti hari ini azan yang menggunakan pembesar suara yang kuat boleh didengari oleh semua orang termasuk orang kafir. Azan bukanlah medium berdakwah pada zaman nabi Muhammad seperti yang dianggap pada hari ini. IA HANYALAH UNTUK MEMANGGIL ORANG DATANG BERSEMBAHYANG. Azan yang terlalu kuat kerana menggunakan pembesar suara adalah menggangu orang kafir seperti yang disuarakan oleh sesetengah orang bukan islam seperti Alvin Tan dan yang lain mungkin tidak berani menyuarakan kerana takut didakwa di mahkamah. Mungkin orang seperti Alvin Tan ada benarnya kerana azan tidak perlu didengari oleh orang kafir dan orang bukan islam kerana mereka TIDAK BERHAK MENDENGARNYA.

Tuesday, January 19, 2016

IMPLIKASI DARI KEBOLEHAN MERENTAS MASA

Dengan kebolehan berjalan melipat waktu ia boleh membawa akibat dan implikasi yang sangat besar jika disalah guna hingga boleh menyebabkan bencana. Sebab itulah hanya orang yang layak sahaja boleh memiliki keramat jenis ini.

Dengan kebolehan ini para wali boleh mencari rahsia apa yang telah dilakukan oleh seseorang tertentu pada masa lepas sama ada telah lama atau baharu. Ini boleh dilakukan ke atas sesiapa sahaja yang mereka mahu sama ada pemimpin atau orang biasa. Dengan itu mereka boleh mengetahui banyak rahsia sama ada besar atau pun kecil. Tetapi mereka bukanlah orang yang suka mencari kesalahan orang lain.

Para wali adalah bertanggungjawab ke atas setiap perkara yang mereka ketahui dan juga yang mereka lakukan. Mereka tidak boleh mendedahkan sesuatu perkara yang mereka telah ketahui sewenang-wenangnya, mereka menyimpan seribu satu rahsia rapat-rapat dan menggunakannya untuk tujuan kebaikan umum sahaja.

Sebab itu hanya orang yang benar-benar layak sahaja boleh memiliki kekeramatan, jika tidak jadilah macam cerita siri kartun DORAEMON  yang mempunyai kebolehan tertentu dan kerap mencetuskan kesusahan dan masalah.

wassalam.



Saturday, January 2, 2016

WILAYAH PERTAMA KERAJAAN IMAM MAHDI



Kg. Bentong akan menjadi wilayah pertama kerajaan imam Mahdi. Kami akan menunjukkan kekeramatan dan kebesaran para wali dengan menutup kawasan ini dari dunia luar dengan kuasa keramat.

Orang dari luar tidak boleh memasuki dan tidak menjumpai kawasan ini lagi. Begitu juga orang dari dalam tidak boleh keluar dari kawasan ini tanpa keramat berjalan melipat bumi. Hanya orang yang berkeramat sahaja bebas keluar masuk. Orang yang enggan menjadi pengikutnya tidak lagi boleh keluar atau memasuki kawasan ini.

Ini akan berlaku apabila imam Mahdi MENGISYTIHARKAN KAWASAN INI WILAYAHNYA.