Search This Blog

Tuesday, January 19, 2016

IMPLIKASI DARI KEBOLEHAN MERENTAS MASA

Dengan kebolehan berjalan melipat waktu ia boleh membawa akibat dan implikasi yang sangat besar jika disalah guna hingga boleh menyebabkan bencana. Sebab itulah hanya orang yang layak sahaja boleh memiliki keramat jenis ini.

Dengan kebolehan ini para wali boleh mencari rahsia apa yang telah dilakukan oleh seseorang tertentu pada masa lepas sama ada telah lama atau baharu. Ini boleh dilakukan ke atas sesiapa sahaja yang mereka mahu sama ada pemimpin atau orang biasa. Dengan itu mereka boleh mengetahui banyak rahsia sama ada besar atau pun kecil. Tetapi mereka bukanlah orang yang suka mencari kesalahan orang lain.

Para wali adalah bertanggungjawab ke atas setiap perkara yang mereka ketahui dan juga yang mereka lakukan. Mereka tidak boleh mendedahkan sesuatu perkara yang mereka telah ketahui sewenang-wenangnya, mereka menyimpan seribu satu rahsia rapat-rapat dan menggunakannya untuk tujuan kebaikan umum sahaja.

Sebab itu hanya orang yang benar-benar layak sahaja boleh memiliki kekeramatan, jika tidak jadilah macam cerita siri kartun DORAEMON  yang mempunyai kebolehan tertentu dan kerap mencetuskan kesusahan dan masalah.

wassalam.



No comments: