Emak imam mahdi adalah perempuan berdarjat tertinggi di alam semesta sejak zaman nabi Adam hingga berlakunya hari kiamat kelak, lebih tinggi dari Asiah, Mariam, Khadijah, Aishah ataupun Fatimah. Berdarjat tertinggi kerana tidak mendapat nikmat dunia. Dia juga adalah seorang dewi sepertimana Fazilah.
Adik perempuannya juga dewi, tetapi semua dewa dewi ini telah tersesat dan tersasar dari tujuan mereka lahir ke dunia dan kerana tidak mengetahui bahawa diri mereka adalah dewa dan dewi iaitu hakikat diri mereka. Imam mahdi adalah dewa pertama yang mengetahui hakikat dirinya dan tujuan dirinya lahir ke dunia, segera mencipta parawali akhir zaman untuk membantunya memulihkan dewa-dewi ini, tetapi hanya sebahagian mereka telah pulih dan mengetahui yang lain masih lagi dalam kegelapan dan kesesatan dunia. Anak-anak saudara imam mahdi adalah kacukan dewa dewi dan manusia.
No comments:
Post a Comment