r1

Search This Blog

Thursday, April 28, 2016

BI GENDER, NON BINARY, TRANSGENDER, PENGKID DAN PONDAN



Semua isitilah di atas merujuk kepada kecelaruan  jantina. Ada lelaki yang ingin menjadi perempuan dan ada perempuan yang ingin menjadi lelaki.Ada orang yang hari ini berpakaian lelaki dan esoknya berpakaian perempuan. Masalah kecelaruan jantina ini menjadi bertambah besar pada zaman ini. Masalah ini banyak berlaku walaupun mereka mempunyai alat kemaluan yang sempurna sama ada kemaluan lelaki atau perempuan, itu belum masuk mereka yang mempunyai alat kemaluan yang tidak sempurna atau jelas atau mempunyai keduaa-dua alat kemaluan lelaki dan perempuan atau hormon yang tidak betul.



Punca kecelaruan jantina ini berpunca dari sebab bukan fizikal sahaja, ia juga dari batin atau roh seseorang. Ada manusia tubuh badannya lelaki tetapi rohnya perempuan, ada lelaki tubuh badannya lelaki dan rohnya lelaki, ada perempuan rohnya perempuan dan badannya perempuan dan ada perempuan badannya perempuan tetapi rohnya lelaki.



Kekuatan pengaruh batin(roh) yang berbeza-beza antara roh dan badan ini mempengaruhi sifat dan kecenderungan seseorang dan menyebabkan kecelaruan jantina. Ia bukanlah salah mereka, ia adalah kejadian tuhan kepada manusia dan ia adalah satu ujian terhadap manusia. Mungkin perkara ini juga menyumbang kepada gejala buruk gay dan lesbian.



Sedangkan imam Mahdi mempunyai tubuh badan dan alat kelamin lelaki tetapi mempunyai susunan saraf badan perempuan dan mempunyai roh lelaki tetapi rohnya  bersifat perempuan. Menjadikannnya bukan lelaki, bukan perempuan dan bukan pondan. Menjadikannya manusia paling berbeza dari semua manusia yang ada di dunia. Mungkin menjadikannya bukan manusia tetapi dewa.



wassalam

Wednesday, April 13, 2016

RAHSIA BAU KEMALUAN PEREMPUAN





Kemaluan perempuan yang berbau busuk (setelah pecah dara) ada hikmahnya. Bau ini tidak disukai oleh iblis sedangkan bau najis (tahi) dan bau lubang dubur disukai oleh iblis dan manusia yang telah diserapi oleh iblis.

Bau kemaluan perempuan juga boleh mengubati penyakit kelelakian.


FENOMENA EL NINO ADALAH TAHUN KEMUNGKINAN KIAMAT





Ketika fnomena el nino berlaku ia adalah tanda kemungkinan kiamat akan berlaku. Semakin kuat kesan el nino menandakan kemungkinan kiamat berlaku adalah lebih besar. Ia akan berulang selang beberapa tahun dan kekeringan yang amat teruk ketika imam Mahdi menyerang dunia (kiamat kecil) dan ia boleh bertukar menjadi kiamat besar yang merupakan pengakhiran kepada kehidupan dunia jika imam Mahdi gagal lalu terbunuh (mati yang tidak boleh hidup kembali)

wassalam




Thursday, March 3, 2016

MOLEKUL KEMATIAN

Orang yang hampir mati akan wujud molekul kematian dalam badannya dan semakin banyak apabila semakin dekat ajalnya.Orang yang membunuh orang lain juga akan terbit molekul kematian dalam badan pembunuh itu.Orang yang menyaksikan pembunuhan akan juga ada sedikit molekul kematian dslsm tubuh badannya.

Jika molekul kematian dapat dikesan ia boleh dijadikan sebahagian dari bukti pendakwaan dalam kes pembunuhan di mahkamah.

Sedngkan air adalah molekul kehidupan. Ia adalah molekul yang ajaib.




Wednesday, February 3, 2016

TEORI SAINS RUANG DAN MASA/GENERAL RELATIVITY THEORY

Teori general relativti Einstein antaranya menerangkan bahawa boleh ada ruang tanpa masa dan boleh ada masa tanpa ruang Ia adalah benar kerana kami telah melakukannya dengan menggunakan kuasa keramat dan akibatnya kami boleh merentas masa. 

Tanpa kuasa keramat saintis barat perlu mencipta alat atau teknologi untuk memisahkan ruang dan masa agar mereka juga boleh merentas masa seperti kami. Untuk merentas masa seseorang itu hanya perlu memisahkan antara ruang dan masa. mungkin mereka MEREKA MASIH JAUH LAGI UNTUK MELAKUKAN PERKARA SEPERTI ITU DENGAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI.

Kami tidak boleh mendedahkan rahsia ruang dan masa lebih lanjut kerana boleh menyebabkan kemudaratan kepada manusia.Apabila sampai waktunya mereka akan menemuinya sendiri.


Monday, January 25, 2016

RAHSIA AZAN YANG HILANG DITELAN ZAMAN

Azan pada zaman nabi Muhammad hanya boleh didengari oleh orang islam sahaja dan orang kafir tidak dapat mendengarnya. Walaupun tidak menggunakan pembesar suara ia boleh didengari oleh orang islam walaupun berada jauh dipinggir kota.Orang kafir pula walaupun berada disebelah masjid tidak dapat mendengar azan yang dikumandangkan.

Tidak seperti hari ini azan yang menggunakan pembesar suara yang kuat boleh didengari oleh semua orang termasuk orang kafir. Azan bukanlah medium berdakwah pada zaman nabi Muhammad seperti yang dianggap pada hari ini. IA HANYALAH UNTUK MEMANGGIL ORANG DATANG BERSEMBAHYANG. Azan yang terlalu kuat kerana menggunakan pembesar suara adalah menggangu orang kafir seperti yang disuarakan oleh sesetengah orang bukan islam seperti Alvin Tan dan yang lain mungkin tidak berani menyuarakan kerana takut didakwa di mahkamah. Mungkin orang seperti Alvin Tan ada benarnya kerana azan tidak perlu didengari oleh orang kafir dan orang bukan islam kerana mereka TIDAK BERHAK MENDENGARNYA.

Tuesday, January 19, 2016

IMPLIKASI DARI KEBOLEHAN MERENTAS MASA

Dengan kebolehan berjalan melipat waktu ia boleh membawa akibat dan implikasi yang sangat besar jika disalah guna hingga boleh menyebabkan bencana. Sebab itulah hanya orang yang layak sahaja boleh memiliki keramat jenis ini.

Dengan kebolehan ini para wali boleh mencari rahsia apa yang telah dilakukan oleh seseorang tertentu pada masa lepas sama ada telah lama atau baharu. Ini boleh dilakukan ke atas sesiapa sahaja yang mereka mahu sama ada pemimpin atau orang biasa. Dengan itu mereka boleh mengetahui banyak rahsia sama ada besar atau pun kecil. Tetapi mereka bukanlah orang yang suka mencari kesalahan orang lain.

Para wali adalah bertanggungjawab ke atas setiap perkara yang mereka ketahui dan juga yang mereka lakukan. Mereka tidak boleh mendedahkan sesuatu perkara yang mereka telah ketahui sewenang-wenangnya, mereka menyimpan seribu satu rahsia rapat-rapat dan menggunakannya untuk tujuan kebaikan umum sahaja.

Sebab itu hanya orang yang benar-benar layak sahaja boleh memiliki kekeramatan, jika tidak jadilah macam cerita siri kartun DORAEMON  yang mempunyai kebolehan tertentu dan kerap mencetuskan kesusahan dan masalah.

wassalam.



Saturday, January 2, 2016

WILAYAH PERTAMA KERAJAAN IMAM MAHDI



Kg. Bentong akan menjadi wilayah pertama kerajaan imam Mahdi. Kami akan menunjukkan kekeramatan dan kebesaran para wali dengan menutup kawasan ini dari dunia luar dengan kuasa keramat.

Orang dari luar tidak boleh memasuki dan tidak menjumpai kawasan ini lagi. Begitu juga orang dari dalam tidak boleh keluar dari kawasan ini tanpa keramat berjalan melipat bumi. Hanya orang yang berkeramat sahaja bebas keluar masuk. Orang yang enggan menjadi pengikutnya tidak lagi boleh keluar atau memasuki kawasan ini.

Ini akan berlaku apabila imam Mahdi MENGISYTIHARKAN KAWASAN INI WILAYAHNYA.

Thursday, November 26, 2015

TENTERA IMAM MAHDI



Tentera imam Mahdi adalah terdiri daripada anak-anak imam Mahdi yang merupakan anak-anak keramat yang lahir dari ramai perempuan yang bermimpi bersetubuh dengan imam Mahdi. Ketika anak-anak ini Iahir akan muncul pedang di sisi mereka. Mereka apabila dewasa gemar membawa pedang ini ke mana sahaja mereka pergi sehinggakan orang  ramai menganggap mereka gila ataupun kolot. Mereka menunggu dipanggil oleh bapa mereka untuk berperang dengan Dajjal 1000 tahun lagi.

Buat masa sekarang belum ada lagi tentera imam Mahdi. Orang yang mengaku sebagai tentera imam Mahdi adalah tidak benar.


Saturday, September 26, 2015

MELIPAT WAKTU/ MERENTAS MASA /TIME TRAVEL/ TEKNOLOGI KIAMAT

Dalam istilah kekeramatan ia adalah melipat waktu dan dalam istilah fiksyen dan teori sains ia adalah merentas masa.

Para wali pengikut imam Mahdi mempunyai kekeramatan jenis ini yang membolehkan mereka kembali ke zaman nabi Muhammad dan meninjau perjalanan hidup baginda dan mengkajinya.Tetapi mereka tidak dapat mengubah apa-apa kerana perkara dan kejadian telah pun berlaku. Keadaan melipat waktu sama seperti berjalan di alam nyata cuma masa sahaja yang berlainan. Mereka juga telah mrentas masa ke zaman hadapan untuk melihat perjalanan hidup imam Mahdi dan takdir masa depan. Dan mereka menemui dua laluan masa dan takdir, iatu satu berlakunya kiamat sebelum waktunya dan kerajaan imam Mahdi gagal terbentuk dan satu lagi kerajaan imam Mahdi berjaya dan kiamat berlaku di akhir zaman kedua. Mereka memahami bahawa merekalah yang harus berusaha keras dan memilih untuk menentukan laluan masa dan takdir mana yang akan berlaku. 

Saintis barat juga sedang berusaha untuk mendapatkan kebolehan seperti ini tetapi menggunakan teknologi dan mereka akan berjaya membuktikan teori mereka pada satu masa nanti. Mereka sedang berusaha ke arah itu dan ia bukan lagi hanya fiksyen sains. Dengan teknologi komputer kuantum mereka boleh melakukannya. Ada beberapa perkara yang dianggap mustahil dan tidak logik pada masa kini lagi yang mereka akan boleh lakukan kelak pada masa hadapan.

Apabila kekeramatan nabi dan wali dapat dicipta menggunakan teknologi maka kiamat pasti akan berlaku, kerana ia adalah tanda terakhir kiamat. Kami memnggilnya TEKNOLOGI KIAMAT.

wassalam.


 

Tuesday, September 1, 2015

BAGAIMANA SEORNG ISTERI BOLEH TAHU SUAMINYA ADA PEREMPUAN LAIN. bhg. 2

GAMBARAN!!! Itulah caranya. perempuan sebelum mempersuamikan seorang lelaki akan 'membuat' batin lelaki tersebut hingga boleh memberi gambaran kepada mereka apabila mereka minta dengan batin mereka. Hanya jodoh/ jodoh-jodoh kepada lelaki tersebut boleh membuat hingga ke tahap ini.

Dengan cara ini isteri boleh mengawal suami mereka dan boleh tahu jika suami mereka ada perempuan lain dengan melihat jejak-jejak gambaran dengan siapa suami mereka berjumpa sepanjang hari.

 Perempuan lain juga boleh tahu anda adalah suami orang dengan cara ini.

Saturday, August 8, 2015

TANDA-TANDA KIAMAT

Tanda-tanda kiamat ada sama ada ada disebut dalam hadis atau tidak. Samada di ketahui manusia atau tidak. Tanda tersebut ada banyak dan semakin jelas dari satu kemungkinan peringkat kiamat ke peringkat kemungkinan kiamat yang berikutnya dan jelas-sejelas jelasnya di peringkat kepastian kiamat pasti berlaku.

Contohnya. kemungkinan kiamat yang pertama adalah pada tahun 1998. Contoh tandanya ialah api dan asap keluar dari bumi. Yang terjadi adalah banyak telaga minyak daratan iraq terbakar pada perang di zaman saddam Hussien. Tetapi orang mempertikai tanda ini dengan tanda ini dengan mengatakan ia hanya telaga minyak dan memang patut terbakar dan hanya berlaku di Iraq. Jadi ia tidak mungkin tanda kiamat.

 kemudian dua tahun lalu api keluar dari bumi di Yaman dan kali ini ia bukan telaga minyak. Dan orang boleh mempertikaikan tanda ini dengan mengatakan ia adalah akibat pemanasn global.

Tetapi jika di bandingkan dengan di Iraq, di Yaman  ia adalah lebih jelas dan lebih sukar dipertikaikan. Ini yang saya maksudkan bahawa tanda kiamat lebih jelas dari kemungkinan kiamat peringkat sebelumnya. Pada peringkat kepastian kiamat pasti berlaku dan tidak boleh di elak lagi api dan asap akan keluar dari setiap ceruk permukaan bumi. Mungkin barulah manusia akan percaya.

Tanda-tanda kiamat mengiringi kemungkinan berlakunya kiamat dan lebih jelas apabila kemungkinan kiamat yang lebih besar akan berlaku. bukannya kiamat terus berlaku, jika kiamat berlaku kita tidak boleh berundur kembali. kalau di kaji tanda-tanda kiamat adalah akibat kegagalan sistem alam, perbuatan manusia dan sifat manusia itu sendiri dan juga ketentuan ilahi.


  Tuhan tutup tanda kemungkinan kiamat kerana ia belum pasti akan berlaku, mungkin akan berlaku atau tidak, jika ia pasti berlaku tuhan akan membukanya seluas-luasnya.

Tanda kiamat terakhir adalah apabila manusia kafir boleh melakukan kekeramatan seperti yang boleh dilakukan oleh kekeramatan nabi dan wali dengan menggunakan ciptaan teknologi, maka kiamat pasti berlaku.

 







SEMUANYA PEMBERIAN TUHAN

Segala yang kita ada dari tubuh badan, harta, ilmu dan kepandaian adalah semata-mata pemberian tuhan. Tuhan suruh manusia berusaha dan kerananya tuhan beri, kita dapat sesuatu bukan kerana usaha tersebut tetapi ia adalah pemberian tuhan. Kalau tuhan tak beri kita usaha sekeras manapun takkan dapat. Oleh itu janganlah mendabik dada dengan bogkak bahawa saya dapat itu dan ini kerana usaha dsn kepandaian saya!!!!!.

Sama ada kita mengusahakan sesuatu secara halal atau haram dan kita dapat hasilnya ia adalah kerana pemberian tuhan. Kalau usaha yang haram sekalipun, jika tuhan tak beri kita takkan dapat. Tetapi jika mendapatkan sesuatu secara haram dan jalan yang salah, kita akan dapat akibat yang buruk sama ada di dunia atau akhirat. Jika tuhan menghendakinya atau mahu menyedarkannya.