Search This Blog

Monday, February 18, 2013

FAHAMAN PLURALISME AGAMA

Fahaman pluralisme adalah mengatakan bahawa semua agama di dunia adalah benar dan sama rata.

Fahaman ini telah menular di Malaysia dan sebahagian  kecil orang di Malaysia  telah menerimanya dan mengatakan bahawa ia adalah betul. Fahaman ini tidaklah benar untuk orang kebanyakan. Semua orang biasa tidak perlu menerima fahaman ini dan tidak wajib. Semua orang di dunia harus memegang agama masing-masing sahaja dan tidak perlu menerima agama orang lain dan tidak perlu beriktikad bahawa semua agama di dunia ini adalah benar kerana mereka hanya bertanggungjawab ke atas agama masing-masing dan tidak perlu bertanggungjawab terhadap agama orang lain. Setiap orang hanya wajib perlu mengikuti agama masing-masing dan tidak perlu mengikuti agama orang lain.

 Hanya seorang sahaja di dunia yang wajib menerima fahaman ini iaitu Imam Mahdi. Ini adalah kerana dia adalah orang yang bertanggungjawab ke atas semua manusia dan agama dari zaman dahulu yang mempunyai agama yang pelbagai hingga ke zaman ini dan zaman hadapan. Dia yang memasukkan umat dari setiap agama yang wujud di dunia ke syurga. Oleh itu dia perlu untuk menerima semua agama yang pernah lahir di dunia di setiap zaman. Kesimpulannya fahaman pluralisme adalah tidak perlu untuk semua manusia di dunia ini dan tidak wajib dan tidak perlu diikuti.



Artikel lain di http://imam-mahdi.zxq.net atau older or newer post



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

No comments: