Search This Blog

Monday, February 18, 2013

KETIDAKPUASAN HATI DAN KETIDAKPUASAN NAFSU


Setiap insan yang yang bergelar manusia mempunyai nafsu. Persoalannya, bolehkah nafsu dipuaskan sepenuhnya?

Jika dilihat dan dikaji terhadap golongan kaya dan berada, yang memiliki segalanya seperti wang berjuta, kereta mewah, rumah mewah, makanan sedap-sedap, isterii cantik dan anak yang cerdik, terlihat di muka dan wajah mereka rasa yang masih belum cukup puas dengan apa yang mereka ada sama ada mereka dikalangan orang melayu, cina atau india. Mereka tidak merasa apa yang mereka ada cukup untuk diri mereka atau untuk nafsu mereka, kekayaan yang mereka kejar dan usahakan masih tidak dapat memuaskan hati dan nafsu mereka. Mereka akhirnya berasa sia-sia sahaja apa yang mereka kejar dan cari dari kesenangan dunia kerana tidak dapat memuaskan hati mereka. Kerana nafsu tidak akan merasa puas walau mereka diberikan emas selautan atau segunung wang, nafsu tidak pernah cukup dan membuatkan tuannya sentiasa dahaga dan tidak pernah merasa cukup dengan apa yang mereka ada. Akhirnyaf ikut nafsu kita lesu.

Ketidakpuasan nafsu golongan kaya ini menyebabkan golongan miskin dan orang kebanyakan berada dalam kesusahan dan keperitan. Golongan kaya sentiasa cuba menyedut dan mengambil kekayaaan negara untuk diri dan nafsu serakah mereka dan akhirnya golongan miskin dan kebanyakan tertindas dan tehimpit. Wang dan pendapatan mereka yang sedikit disedut melalui kenaikan harga barang, caj perkhidmatan telekomunikasi, caj pengangkutan, caj perkhidmatan, caj utiliti dan bermacam-macam cara lain. Mereka menyedut bagaikan mesin hampagas yang tidak pernah puas dan apa yang mereka dapat, mereka buang apa yang mereka sedut itu pula dengan pelbagai cara. Wang yang sangat perlu menyara hidup golongan kebanyakan disedut dan dibuang dengan pembaziran oleh golongan kaya raya yang tidak tahu betapa berharganya wang tersebut terhadap golongan kebanyakan. RM 100 yang yang tidak berharga dan bagaikan sampah bagi golongan kaya raya adalah sangat berharga bagi golongan kebanyakan dan miskin. Di Malaysia golongan perniagaan kaya cina tidak puas-puas membolot kekayaan negara untuk nafsu mereka yang tidak pernah puas, walaupun telah mempunyai wang berbilion mereka masih menyedut wang dari golongan kebanyakan dan miskin melalui perniagaan mereka yang selalunya diselitkan dengan penipuan. Mereka memang tidak boleh dimaafkan. Mereka secara tidak langsung telah menindas orang-orang melayu yang kebanyakannya berpendapatan rendah. Golongan kaya semakin kaya dan orang kebanyakan semakin tertindas dan terhimpit. Golongan kaya berasa harta dan wang ringgit tidak memuaskan hati mereka, makanan sudah tidak sedap, anak-anak tidak menceriakan dan isteri tidak dapat memuaskan nafsu mereka. Itulah akibat sebab mereka mengambil hak orang lain. 

Sedarlah wahai golongan kaya, wang dan kekayaan yang anda ada tidak akan dibawa kedalam kubur dan tidak berguna setelah mati. Percayalah bahawa nafsu tidak pernah akan dapat dipuaskan. Tergambar dan nampak di wajah setiap golongan kaya dan berada di Malaysia wajah tidak puas hati dan tidak puas nafsu serta wajah bersalah kerana mengambil hak orang lain



Artikel lain di http://imam-mahdi.zxq.net atau older or newer post





AL MAHDI AL MUNTAZAAR



No comments: