Apakah maksud kedua-dua jenis dosa ini? Dosa zahir adalah
perbuatan zahir yang menyalahi agama seperti meninggalkan sembahyang, mencuri,
membunuh, merogol, memukul orang atau binatang mengumpat dengan lidah, mengata
atau menyakiti perasaan orang lain dengan mulut, memfitnah dengan kata-kata dan banyak lagi. Dosa batin
pula dilakukan dengan hati atau perasaan seseorang, seperti mengumpat, memfitnah dan
mengata dengan hati (cakap-cakap batin), melemparkan perasaan serong dengan
perasaan terhadap seseorang, ‘membuat’ dan merosakkan batin seseorang serta
mengkufurkan batin dan hati orang lain.
Dosa zahir adalah jelas dan mudah dilihat dan dihukum(jika
boleh dihukum di dunia), tetapi dosa batin sukar dilihat atau dihukum di dunia,
tetapi hukuman akhirat tidak akan terlepas. Jika jika ada orang mengatakan dosa
batin seperti mengumpat dengan hati atau mengkufurkan orang tidak berdosa,
mereka sebenarnya tersilap atau telah sesat atau mereka mungkin kafir atau ahli
neraka. Bagi orang yang ingin masuk syurga dosa batin tetap sama besar dosanya
dengan dosa zahir. Jika ingin masuk syurga harus menjaga hati dan batinnya dari
kerosakan dan menjauhi dosa zahir dan dosa batin. Dosa batin sebagai mana dosa zahir terakam dan tercatat dalam buku catatan amal kebaikan dan kejahatan manusia. Bermakna ia akan mendapat balasan juga di akhirat.
Dalam
banyak-banyak dosa batin, dosa batin yang paling besar adalah dosanya adalah ‘membuat’ orang (merosakkan dan mengkufurkan
hati dan batin orang lain). Ini adalah kerana ia
merosakkan dalaman dan rohaniah seseorang yang penting untuk kehidupan dunia
dan hubungan dengan tuhan. Hati dan batin yang rosak atau kufur menghasilkan
perbuatan yang merosakkan dan kufur jua. Kerana hati dan batin seseorang itu
yang mengawal otak dan tingkah-laku seseorang. Hati yang rosak menghasilkan
sesuatu yang rosak. Mengkufurkan seseorang boleh mengakibatkan seseorang itu
hingga menjadi kafir. Dan kafir adalah masuk neraka. Orang melayu terutamanya
perempuan-perempuan melayu gemar mengkufurkan antara satu sama lain. Perempuan
melayu mengkufurkan hati buah hatinya sebelum berkahwin.
Pada zaman imam Mahdi orang yang suka mengkufurkan hati dan
batin orang lain akan dibunuh. Imam Mahdi datang untuk MENGHAPUSKAN KEKUFURAN HATI MANUSIA!!!!!.
AL MAHDI AL MUNTAZAAR
No comments:
Post a Comment