Pada zaman ini ada pelbagai agama yang ditinggalkan oleh umat
terdahulu yang masih dianuti oleh manusia zaman sekarang seperti islam,
kristian, yahudi, hindu, Buddha dan pelbagai lagi. Ada agama yang mempunyai
nabi dan rasul da nada agama yang mempunyai dewa atau tuhan. Agama-agama besar
dunia biasanya mempunyai nabi atau
dewanya sendiri.
Persoalannya agama mana yang benar, yang mempunyai NABI atau
DEWA?
Jawapannya, kedua-dua jenis agama ini benar suatu masa dahulu
pada zamannya. Ada hamba tuhan yang datang sebagai nabi dan ada yang datang
sebagai dewa. Setiap nabi atau dewa datang silih berganti dan sesuai dengan
pemikiran, keadaan dan suasana umat masing-masing. Yang datang sebagai dewa juga
akan ditentang oleh umatnya pada permulaannya sebagaimana kedatangan nabi-nabi
dan rasul juga ditentang pada awal kedatangannya. Kedua-dua jenis hamba allah
ini menerima kesukaran dan kesulitan
yang mungkin sedikit berbeza. Biasanya dewa datang dengan kekuasaan dan
mukjizat yang lebih besar dan banyak serta meluas berbanding nabi atau rasul
besar. Zaman para nabi dan dewa setelah kematian mereka biasanya diikuti oleh
zaman para wali berkeramat dan seterusnya diikuti oleh zaman para wali tanpa
keramat dan seterusnya diikuti oleh zaman tanpa wali(zaman ahli neraka), dan
setelah beberapa lama zaman nabi atau dewa baru akan muncul untuk membawa agama
baru dan seterusnya membawa manusia ke syurga. Kedatangan mereka juga membawa
keberkatan dan kemuliaan kepada umat zaman mereka.
Zaman ini adalah zaman imam Mahdi yang merupakan nabi dan
dewa sekaligus. Zaman yang paling lama dengan kerajaan yang paling besar. Dan
beliau menerima kesulitan dan kesukaran
yang paling besar berbanding nabi atau dewa terdahulu. Dengan datangnya imam
Mahdi maka termansuhnya agama terakhir(Islam) dan zaman ini wajib mengikuti
ajaran imam Mahdi.
Atikel lain pergi ke http://imam-mahdi.zxq.net atau Newer or Older Post.
AL MAHDI AL MUNTAZAAR
No comments:
Post a Comment