Jika pada satu masa itu ada nabi di kalangan sesuatu
masyarakat maka masyarakat itu mendapat manfaat dari cahaya kewalian yang
diterima dari seseorang nabi itu. Nabi-nabi kecil memberi manfaat kepada
masyarakat sekitarnya sahaja (sahabat, saudara-mara, masyarakat kampung atau Bandar
tempat tinggalnya dan orang-orang yang ditemuinya). Nabi-nabi besar memberi
manfaat kepada lingkungan yang lebih besar. Cahaya kewalian akan tersebar dari
nabi-nabi dan dari orang-orang yang telah menerima cahaya kewalian kepada
orang-orang yang ditemui mereka di tempat-tempat yang mereka pergi atau merantau
jauh.
Dengan adanya cahaya kewalian menjadikan seseorang itu wali
dan ahli syurga jika timbangan amal kebaikan lebih berat dari amal
kejahatan.Tanpa cahaya kewalian seseorang itu adalah kafir dan ahli neraka.
Jika pada sesuatu zaman tiada nabi untuk sesuatu masa yang lama, maka ramailah
orang kafir walaupun mereka mengaku mereka beragama. Walaupun nabi-nabi membawa
pelbagai agama, tetapi yang paling asas dan penting adalah cahaya kewalian yang
ditinggalkan mereka kepada umat mereka. Ia adalah asas kepada semua agama
langit. Jika seseorang itu mengaku nabi dan membawa agama baru tetapi tidak
membawa cahaya kenabian(cahaya kenabian menghasilkan cahaya kewalian) untuk
diberikan kepada orang ramai, maka dia adalah nabi palsu dan tidak perlu
diikuti. Cahaya kenabian adalah cahaya
ghaib yang berada di dalam tubuh dan di sekeliling tubuh nabi-nabi dan boleh
dilihat dengan pandangan batin.
Semua nabi-nabi ada cahaya kenabian, jika seseorang itu mengaku
nabi tanpa cahaya kenabian, mereka mungkin hanya wali berdarjat tinggi atau
orang yang telah tersesat. Apabila nabi-nabi besar muncul, akan ada penentangan
secara besar-besaran dari masyarakat atau kaumnya, dan biasanya ia diikuti
dengan kematian banyak manusia secara besar-besaran sama ada akibat peperangan
atau pun bala dari tuhan kerana mereka tidak mahu mengikuti nabi yang muncul
dikalangan mereka. Ini adalah satu rahmat kepada mereka kerana mereka mati
masuk syurga walaupun mereka menentang ajaran zahir nabi tersebut kerana mereka
telah menerima cahaya kewalian. Mereka masuk syurga tanpa dihisab. Sedangkan
nabi-nabi kecil tidak membawa ajaran zahir. Nabi-nabi kecil jarang membawa
kematian, Zaman imam Mahdi membawa kematian manusia yang paling besar dalam
sejarah umat manusia. Dan paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga.
Artikel lain di http://imam-mahdi.zxq.net atau newer or older post.
Al MAHDI AL MUNTAZAAR
No comments:
Post a Comment