Search This Blog

Wednesday, August 15, 2012

MENGAPA TUHAN JADIKAN MAKANAN DAN BUAH-BUAHAN BERASA LAZAT

Makanan yang dimakan manusia kebanyakannya sedap dan lazat. Manusia makan kerana lapar, untuk kesihatan dan untuk nafsu. Tetapi manusia zaman ini tidak tahu akan rahsia batin yang boleh diperolehi apabila memakan makanan yang sedap dan lazat.

Tidak haram jika kita memakan makanan selagi ia tidak mendatangkan mudarat kepada diri. Tidaklah perlu memakan hingga terlalu kenyang hingga tidak mampu makan lagi, cukuplah sekadar kenyang. Di sini akan diterangkan akan faedah dari segi zahir dan batin apabila memakan makanan yang sedap dan lazat. 

Rasa makanan yang lazat sebenarnya dapat menyegarkan saraf-saraf dan saraf-saraf batin yang seterusnya dapat memberi kesegaran kepada badan dan menambah kesihatan. Kesedapan  makanan akan dapat memberi kenikmatan kepada nafsu dan batin  seseorang dan seterusnya membersihkan batin seseorang itu dari kekotoran batin dunia dan juga kekotoran batin iblis dan syaitan yang melekat di saraf otak dan badan batin seseorang manusia. Tidaklah perlu makan dengan banyak untuk itu, cukuplah makan dengan penuh tumpuan, perasaan penuh menikmati dan penuh rasa walaupun makanan itu sedikit. Kenikmatan makanan juga dapat menghilangkan neraka dalam tulang belakang, otak dan batin seseorang. Dengan itu kesedapan makanan dapat mengurangkan kejahatan seseorang kerana neraka dalam tulang belakanglah yang mendorong seseorang itu melakukan kejahatan terhadap orang lain. Makanan dapat memberi tenaga dan kesedapan makanan dapat memberi tenaga dan kesegaran  kepada batin seseorang.


Oleh itu makanan sememangnya member banyak faedah batin dan zahir. Makanlah makanan yang baik, sedap dan selamat untuk dimakan dizaman di mana makanan melimpah ruah seperti di Malaysia ini.

Untuk mengetahui lebih banyak rahsia pergi ke http://imam-mahdi.zxq.net atau pergi ke older or newer post



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

1 comment:

Anonymous said...

MENGAPA TUHAN JADIKAN MAKANAN & BUAH2AN BERASA LAZAT...??? Maka jadilah falsafah manusia itu ada 2, samada "Makan Utk Hidup", ato "Hidup Utk Makan", sehinggalah manusia itu menemui ajalnya yaitu mati.. Zat Hidup dari Tuhan yg menghidupkan Badan-Diri itu anugerah Ilahi yg semula jadi janganlah dilupai. Maka yg banyak itulah "Hidup Utk Makan". Maka tidak pula bersalahan karna makan dan minum itu keperluan Badan Jasmani. Maka Badan Jasmani itu perlukan zat2 dan pati2 makanan dan minuman serta buah2an dsbnya...

Kepada manusia itu disuruh berusaha bekerja mencari sumber rezeki. Maka rezeki yg dimakan diminum itu mahulah halal suci berseh dari segi zatnya dan halal cara perolehannya. Jika tidak kalo dimakan ianya akan menggelapkan Matahati dan Badan-Diri. Maka makanan, minuman, sayur2an dan vitamin2 dari buah2ah dsbnya itulah sumber tenaga yg menyehatkan Badan Jasmani. Terlebeh makan tersalah makan, makanan yg ngak seimbang bisa mendatangkan penyakit koq sukar diobati...

Ada satu makanan dan buahan semula jadi dari Syurga azali. tulah buah larangan dari pohon larangan pusaka peninggalan Tok Adam dan Opah Hawa diwarisi. Buahnya tergantong namun ianya tidak bertali. Namun manusia itu juga disuruh mencari. Kalo ngak dicari manusia itu dikira manusia malang yg amat rugi. Kalo keduanya sudah Agama merestui, dulu dibilang buah larangan, setelah dijodohkan semuanya halal ngak ada batasan larangan lagi. Itulah makanan dari buah2an Syurgawi yg amat ranum, rendah, lagi rendang bisa dicapai tangan.. Itulah satu buah Syurgawi yg paling enak paling lazat sekali, menyehatkan Badan Jasmani dan menyegarkan Badan-Diri... Salam Permissi.....