r1

Search This Blog

Tuesday, January 8, 2019

PARA PEMBESAR DUNIA DAN PEMBESAR AKHIRAT

Kesemua para wali keramat pengikutnya adalah pembesar dunia dan juga pembesar akhirat yang diketuai oleh syuaib bin Musa. Mereka menolong imam mahdi memerintah dunia dan menguruskan dunia. Para wali juga mengembangkan islam zaman baru melalui kota para wali. Darjat mereka akan meningkat dengan cepat sehinggalah sampai hampir di penghujung hayat mereka darjat mereka adalah tuhan bercakap untuk mereka. mereka ada yang beristeri 9, 10 dan 12.Kebanyakan mereka pernah mati dan hidup semula sekurang-kurngnya sebanyak 3 kali.

Pertempuran para wali sentiasa berlaku antara wali-wali baru yang sedang meningkat naik darjat mereka. Mati hidup semula adalah perkara biasa di kota parawali.





PEMERINTAH DUNIA

Imam Mahdi adalah raja dunia dan adik imam mahdi dilantik oleh imam Mahdi untuk menjadi pemerintah dunia. 

Pemerintah dunia pada kebanyakan masa tidak tahu  apa yang harus dilakukan kerana dunia berubah dengan cepat dan mengharapkan arahan dari raja dunia .Imam Mahdi akan datang secara berkala kepadanya untuk memberikan arahan tertentu.  Dan apabila mengeluarkan perintah tersebut suaranya bagaikan letupan yang dapat didengari di seluruh pelosok dunia dan tubuh badannya dapat dilihat dari jauh oleh setiap orang.

Pemerintah dunia juga adalah antara pahlawan keramat terhebat demgan kuasa separuh dari kekuatan kuasa keramat imam mahdi. Antara kuasa uniknnya adalah mengawal graviti tanpa perlu menggerakkan sebarang anggota badan. Kuasa gravitinya boleh meruntuhkan bangunan dan melumpuhkan dan membekukan manusia. Dia akan tinggal di istana yang dibina oleh malaikat bersama 12 orang isterinya.








Monday, January 7, 2019

PASANGAN TUHAN

Peperangan para wali ketiga baru sahaja berlaku dan mereka telah bertemu tuhan dan dalam beberapa ketika sahaja telah di hantar tuhan kembali ke dunia. Perselisihan antara para wali akhirnya terjawab. Mereka telah mendapat jawapan dari tuhan tentang siapakah atau apakah imam Mahdi yang mempunyai banyak nama dalam pelbagai agama dunia tetapi merujuk kepada individu yang sama.

Tuhan menunjukkan dirinya kepada mereka semua. Semua ciri-ciri ghaib yang ada pada tuhan ada pada imam mahdi. Imam mahdi adalah jelmaan tuhan yang tuhan hantar ke dunia. Bezanya tuhan sebenar adalah perempuan tetapi imam Mahdi adalah dalam bentuk menyerupai lelaki. Imam Mahdi adalah pasangan tuhan.

Dalam pertempuran tersebut seorang adun kerajaan malaysia yang tidak sengaja berada di dalam masjid tersebut turut terlibat dan terbunuh tetapi dapat kembali semula ke dunia setelah bertemu tuhan.

Wednesday, December 19, 2018

KAMARULZAMAN

Kamarulzaman adalah penulis Al - Quran baharu pada zaman imam mahdi. Dia telah ditemui oleh imam Mahdi baru-baru ini. Dia adalah rakan sekolah lamanya. Dia akan menulis Al-Quran dengan ilmu yang baharu.






PERMULAAN

Permulaannya semakin hampir. Pada masa-masa yang lepas apabila ada orang berbogel di sekitar Malaysia dia mungkin imam mahdi atau bukan.Mungkin orang gila biasa. Jika nampak orang berbogel dan kemudian tidak dapat di kesan kemungkinan dia imam Mahdi adalah lebih besar. Itu baru bunga-bunganya sahaja.

Apabila dia telah benar-benar keluar, permulaannya adalah dia akan keluar berbogel di khalayak ramai dan dia akan di tangkap oleh pihak berkuasa. Dia akan menerangkan siapa dia sebenarnya dan menceritakan perkara-perkara tertentu dan akan memberi amaran tentang bala kiamat kecil yang akan berlaku masanya. Setelah dua minggu ditahan dia akan menghilangkan dirinya dari tahanan pihak berkuasa. Tiada lokap atau bilik kebal yang boleh memenjarakannya dan menghalangya dari bebas semula.
\

Setelah bebas dalam keadaan bogel dia akan berjumpa dengan setiap pemimpin dunia untuk meminta tanah jajahan negara mereka untuk dijadikan wilayah kerajaan dunia imam Mahdi dan para wali.Setelah itu dia akan berkahwin dengan beribu isteri dan semua penduduk dunia di jemput hadir.

Setelah 10 tahun berkahwin dia akan mula menakluk dunia dengan dibantu dari jauh oleh pengikutnya.




Sunday, April 1, 2018

EVOLUSI IMAM MAHDI AL MUNTAZAAR

Imam Mahdi mempunyai banyak gelaran dan menggunakannyasepanjang hidupnya.

evolusinya namanya merupakan fungsi namanya kerana dia adalah segala-galanya.

Evolusi tersebut adalah >

KETUA MUJADID DUNIA ----> IMAM MAHDI----> "DAJJAL'----> RAJA TIDAK

 BERPAKAIAN----> RAJA DUNIA --->     IMAM MAHDI ----> PENYELAMAT DUNIA ----->

 IMAM MAHDI ----> RAJA DUNIA

Gelaran ini silih beganti selama 2 000 tahun. Di akhirat dia bergelar KETUA SYURGA

Untuk mengetahui lebih lanjut sila rujuk post yang paling awal di http://mahdiketuamujadiddunia.blogspot.my/2011/06/