r1

Search This Blog

Monday, August 19, 2019

CINTA PADA KEKASIH

Kekasih tuhan adalah para nabi termasuk imam Mahdi yang merupakan lelaki dan tuhan maha Besar adalah perempuan. Sebab itu lebih ramai lelaki berjalan  di jalan makrifat berbanding perempuan kerana cinta bertemu tuhan. 

Tuhan Maha besar cemburu kepada perempuan di dunia lalu membakar lebih ramai perempuan berbamding lelaki dengan api cemburunya iaitu api neraka. Sedangkan api kemarahan adalah lebih panas dari api cemburu.


Saturday, June 15, 2019

DAJJAL(RAJA YAHUDI) SESAT?

Golongan penanti Dajjal iaitu Zionis, Freemason dan Iluminati sedang menunggu raja yahudi terakhir iaitu Dajjal.

Dajjal tidaklah seperti yang ulama islam dan golongan penantinya gambarkan.  Dajjal adalah wali dan berkuasa tuhan. Tidaklah sesat dan menyesatkan seperti yang digambarkan oleh ustaz dan ulama islam. Sebenarnyya umat manusia zaman ini yang telah sesat pemikiran dan batin mereka.

Apabila dia muncl dan dapat dilihat oleh golongan penantinya dia akan memperbetulkan aqidah dan memperbaharui agama yahudi. Seluruh orang yahudi dan palestin akan mengikutinya. Dajjal telahpun berada israel tetapi tidak dapat dilihat oleh golongan yang menunggunya.

Hanya apabila  Dajjal menjadi dua kali lebih besar saiznya dari imam mahdi yang mahu menyerang bandar-bandar di Israel barulah pertama golongan pencarinya melihatnya dan menganggapnya penyelamat mereka dan terus mingikutinya.

Dajjal akan memberi mereka segala-galanya kecuali syurga. Syurga hanya boleh diberi oleh imam Mahdi.




Tuesday, June 11, 2019

KERAMAT PERLINDUNGAN

Imam mahdi mempunyai keramat perrlindungan berlapis sebanyak 7 lapisan.

lapisan pertama dia dilindungi oleh malaikat maut yang membawa senjata api. Apabila ada orang yang cuba membunuhnya malaikat ini akan muncul. lapisan kedua berjuta buaya putih akan muncul.
lapisan ketiga pula Dajjal si Raja yahudi akan datang untuk menakutkan orang yang cuba membunuh imam mahdi. jika orang itu berdegil juga cuba membunuh imam mahdi Dajjal menghilangkan diri. Dajjal hanya datang untuk melepaskan dirinya dari disoal dan dipertanggungjawabkan olehTuhan maha besar atas kematian imam mahdi. Dajjal sebagai orang yang mempunyai kuasa tuhan tidak sanggup bertanggungjawab.

lapisan keempat hingga ketujuh Tuhan maha besar sendiri akan melindungi imam mahdi. Selagi imam mahdi mahu terus hidup tuhan akan melindunginya, jika dia tidak mahu hidup tuhan akan membiarkannya mati.



Wednesday, April 17, 2019

TAKRIFAN MANUSIA

Siapakah manusia? Manusia tu apa? Rohnya atau otaknya atau manusia itu badannya.

Filem hollywood ada mentakrifkan manusia itu hanyalah memorinya dan boleh dipindahkan ke dalam sistem komputer.

Ajaran imam Mahdi mentakrifkan manusia adalah batinnya/rohnya, kesedarannya dam memorinya. Jasad manusia apabila dia mati akan hancur dan manusia tersebut akan mendapat badan baru samaada badan syurga atau badan neraka. Terdapat perbezaan antara badan syurga atau badan neraka setelah mereka mati, jika alam kubur mereka syurga mereka akan mendapat badan yang sesuai dengan syurga dan begitulah sebaliknya. Jasad manusia hanyalah tempat simpan agar batin, memori dan kesedaran manusia boleh menempati dan hidup.

Tanpa memori kita menjadi individu lain, Apabila batin asing memasuki badan kita, kita menjadi orang lain (contohnya jika kita kerasukan) dan tanpa kesedaran kita tidak tahu apa yang kita lakukan.





Thursday, February 14, 2019

KUASA TUHAN (KEKERAMATAN)

Kekeramatan adalah kuasa kebaikan tuhan yang diberikan kepada nabi-nabi dan para aulia dan wali allah. Ia boleh jadi kecil atau besar, banyak atau sedikit. Pada zaman imam Mahdi tuhan memberi paling banyak kuasa keramat.

Sihir dan sihir hitam pula adalah kuasa kejahatan dan kegelapan tuhan yang diberikan kepada syaitan dan iblis serta jin juga kepada manusia kafir dan sesat. 

Kekeramatan hanya boleh di miliki oleh manusia yang mempunyai cahaya kewalian seperti para nabi dan para wali.






Friday, February 8, 2019

MASUK TANDAS WAKTU TENGAH AZAN

Apabila waktu azan iblis dan syaitan akan berlari masuk tandas untuk berlindung. Ada banyak iblis dan syaitan di situ. Jika kita masuk tandas waktu azan adalah tidak baik dan boleh kategori haram kerana banyaknya iblis dan syaitan di situ akan mempengaruhi batin kita jadi sama seperti  batin mereka yang kotor dan sesat. Jika batin kita sama seperti mereka jadilah kita manusia iblis dan manusia syaitan yang sesat.

walaupun waktu tidak tengah azan tetap ada sedikit iblis dan syaitan yang tinggal di situ, sebab itu kita  tidak boleh lama-lama berada dalam tandas. Ini melibatkan semua jenis tandas walau di manapun ia. 

Ada orang kata kalau baca doa sebelum masuk tandas boleh menghalau iblis, ini tidak benar kerana akhir zaman ini semua doa tidak lagi makbul lagi pun tuhan tiada dalam tandas sedangkan di tempat ibadat dan di ruang dan waktu yang lain ada tuhan.