r1

Search This Blog

Thursday, January 7, 2021

TUGAS PENGIKUT IMAM MAHDI

Pengikut imam Mahdi yang telah mati tidak boleh pergi begitu sahaja. Ada tugas di dunia yang belum selesai dan perlu mereka habiskan. Mereka perlu menolong imam Mahdi menyediakan kerajaan dunia zaman baharu dan menolongnya memerintah dunia baru. Mereka perlu mencipta puluhan juta parawali zaman baharu yang dengan keberkahan mereka dapat menahan alam ghaib dari runtuh dan seterusnya menghalang kiamat berlaku terlalu awal. Sebab itu mereka dihidupkan kembali setelah mati dan disuruh pulang ke dunia untuk menyelesaikan tugas mereka. Mereka adalah wali-wali istimewa bertaraf nabi.


 Imam Mahdi tidak dapat menahan alam-alam ghaib daripada runtuh kerana zaman-berzaman dia membunuh manusia. walaupun manusia-manusia umatnya yang dibunuh masuk syurga tetapi keberkahan imam mahdi berkurangan dan tidak dapat menahan alam ghaib dan memerlukan bantuan dari jutaan parawali zaman baharu.






Monday, November 16, 2020

DARJAT LEBIH TINGGI

 Walaupun di zaman imam Mahdi semua orang akan masuk syurga tetapi darjat mereka berbeza-beza..

orang yang lebih banyak melakukan amal kebaikan kepada tuhan dan manusia akan mempunyai darjat lebih tinggi dan syurga yang lebih tinggi nikmatnya. 

golongan agamawan dan yang mereka yang memiliki kecintaan tuhan akan diambil tuhan duduk di sisiNya di tempat yang dipanggil duduk bersamaNya.




Sunday, October 25, 2020

KENAPA IMAM MAHDI DIKATAKAN TUHAN

 Jika imam Mahdi mati semasa kemungkinan berlaku kiamat yang pertama pada tahun 1998 maka dunia ini dan seluruh umat manusia tidak wujud pada hari ini. Manusia dan kanak-kanak yang berumur di bawah 22 tahun pun tidak wujud. Kerana imam Mahdi wujud di dunia mereka pun wujud. maka imam Mahdi adalah tuhan mereka. 

Semua roh manusia dan alam semesta wujud dari peluh nur Muhammad dan nur Muhammad adalah roh imam Mahdi. Maka imam Mahdi adalah tuhan alam semesta dan umat manusia.Tuhan Maha Besar mencipta segala-galanya kerana cintanya kepada kepada nur Muhammad (Muhammad batin).


Segala amalan sembayang dan puasa umat islam telah tidak diterima oleh tuhan sejak kemunculan imam Mahdi pada tahun 1998 sedangkan amalan agama lain telah telah tidak diterima tuhan sejak kedatangan islam. Cuma amalan orang yang mengikuti ajaran imam Mahdi yang baru diterima tuhan.

Friday, September 25, 2020

BAITUL MAQDIS KEPUNYAAN DAJAL

 Imam mahdi terpaksa memberikan baitul maqdis di jerusalem kepada orang yahudi dan Dajal kerana ia adalah kepunyaan orang yahudi dan dajal. Jika imam mahdi tidak memberikannya kepada mereka, Dajal akan menganggu kerajaan dunia imam mahdi dan menggagalkan kerja imam mahdi memasukkan manusia ke syurga dan Dajal juga mungkin membunuh imam Mahdi sedangkan imam Mahdi tidak mampu membunuh Dajal.


Janganlah dipersoalkan kerana ia adalah takdir tuhan.







TUN MAHATHIR SILAP

 Tun Mahathir silap dengan mengatakan orang melayu malas. Orang melayu tidak malas.

Kekuatan seseorang bukan hanya dengan kekuatan tubuh badan tetapi juga dengan kekuatan roh batin seseorang. Beberapa budaya orang melayu yang merosakkan batin orang lain (orang melayu suka buat batin) dan ini melemahkan mereka dan orang menyangka mereka malas.




Thursday, August 6, 2020

RAJA MALAIKAT MAUT

Imam Mahdi dalam bentuk gergasi yang akan menyerang dunia dalam masa lebih 30 tahun lagi sebenarnya adalah Raja Malaikat Maut. Ia membunuh manusia dan meruntuhkan tamadun moden.Tetapi ada sebilangan manusia hidup semula setelah dibuniuh oleh raja malaikat maut ini dan menjadi manusia baru dalam bentuk pahlawan keramat mengikut budaya dan imaginasi bangsa masing-masing. Setelah itu tamadun baru akan di bina semula. Manusia keturunan baharu akan dilahirkan. Manusia keturunan baru melakukan seks bebas tetapi mereka tidak boleh menghasilkan anak, hanya imam Mahdi saja yang boleh menghamilkan perempuan zaman hadapan. Imam mahdi akan meramaikan keturunannya melalui semua perempuan yang ada di dunia.

Apabila muncul sahaja gergasi raja malaikat maut di dunia maka simpanlah bekalan makanan, air dan bahanapi untuk dua tahun kerana ia bukan mahu menyeksa manusia tetapi membunuh manusia dan memasukkan mereka ke syurga.