r1

Search This Blog

Tuesday, January 26, 2021

DAJJAL BERMATA SATU?

 Dajjal adalah manusia , Matanya sebelah buta (tiada bebola mata) dan sebelah lagi celik seperti manusia biasa. Bukannya bermata satu. Dia lahir buta sebelah dan bukannya buta sebelah mata disebabkan oleh Dukhan. Tidak seperti yang diperkatakan oleh ustaz-ustaz di media sosial dan youtube bahawa Dajjal menjadi buta disebabkan oleh peristiwa dukhan.


Dajjal yang kami semua jumpa matanya memang sebelah buta. Dan dia tidaklah terlalu hodoh seperti yang diperkatakan dalam hadis yang mungkin merupakan hadis palsu. Ustaz-ustaz di media sosial yang jahil mereka-reka cerita yang tidak benar dan menyesatkan. 




Monday, January 25, 2021

DUKHAN BERLAKU BILA?

Dukhan tidak akan berlaku pada masa ini atau masa hadapan. . Tidak ada dukhan. Ustaz-ustaz yang menerangkan tentang peristiwa kiamat tersilap sebenarnya. Dukhan hanya akan berlaku pada hari berlakunya kiamat selepas sangkakala kedua ditiup. Banyak hadis tentang kiamat, imam mahdi dan dajjal sebenarnya hadis palsu dan tersimpang jauh dari kebenaran.




Tuesday, January 12, 2021

PEDANG ALLAH @PEDANG ZAT TUHAN

 Imam Mahdi memiliki pedang zat tuhan termampat berwarna putih yang bercahaya.Tiada sarungnya. Sangat ringan dan sangat tajam. Boleh memotong dengan sendirinya. Apabila imam Mahdi menghulurkan tangan kirinya memanggil pedang itu, ia akan datang kedalam genggaman tangannya walaupun ia berada jauh disembunyikan di bawah gunung atau peti simpanan kebal. pedang itu digelar PEDANG ALLAH. Tangan kirinya adalah tangan tuhan.




Thursday, January 7, 2021

TUGAS PENGIKUT IMAM MAHDI

Pengikut imam Mahdi yang telah mati tidak boleh pergi begitu sahaja. Ada tugas di dunia yang belum selesai dan perlu mereka habiskan. Mereka perlu menolong imam Mahdi menyediakan kerajaan dunia zaman baharu dan menolongnya memerintah dunia baru. Mereka perlu mencipta puluhan juta parawali zaman baharu yang dengan keberkahan mereka dapat menahan alam ghaib dari runtuh dan seterusnya menghalang kiamat berlaku terlalu awal. Sebab itu mereka dihidupkan kembali setelah mati dan disuruh pulang ke dunia untuk menyelesaikan tugas mereka. Mereka adalah wali-wali istimewa bertaraf nabi.


 Imam Mahdi tidak dapat menahan alam-alam ghaib daripada runtuh kerana zaman-berzaman dia membunuh manusia. walaupun manusia-manusia umatnya yang dibunuh masuk syurga tetapi keberkahan imam mahdi berkurangan dan tidak dapat menahan alam ghaib dan memerlukan bantuan dari jutaan parawali zaman baharu.






Monday, November 16, 2020

DARJAT LEBIH TINGGI

 Walaupun di zaman imam Mahdi semua orang akan masuk syurga tetapi darjat mereka berbeza-beza..

orang yang lebih banyak melakukan amal kebaikan kepada tuhan dan manusia akan mempunyai darjat lebih tinggi dan syurga yang lebih tinggi nikmatnya. 

golongan agamawan dan yang mereka yang memiliki kecintaan tuhan akan diambil tuhan duduk di sisiNya di tempat yang dipanggil duduk bersamaNya.




Sunday, October 25, 2020

KENAPA IMAM MAHDI DIKATAKAN TUHAN

 Jika imam Mahdi mati semasa kemungkinan berlaku kiamat yang pertama pada tahun 1998 maka dunia ini dan seluruh umat manusia tidak wujud pada hari ini. Manusia dan kanak-kanak yang berumur di bawah 22 tahun pun tidak wujud. Kerana imam Mahdi wujud di dunia mereka pun wujud. maka imam Mahdi adalah tuhan mereka. 

Semua roh manusia dan alam semesta wujud dari peluh nur Muhammad dan nur Muhammad adalah roh imam Mahdi. Maka imam Mahdi adalah tuhan alam semesta dan umat manusia.Tuhan Maha Besar mencipta segala-galanya kerana cintanya kepada kepada nur Muhammad (Muhammad batin).


Segala amalan sembayang dan puasa umat islam telah tidak diterima oleh tuhan sejak kemunculan imam Mahdi pada tahun 1998 sedangkan amalan agama lain telah telah tidak diterima tuhan sejak kedatangan islam. Cuma amalan orang yang mengikuti ajaran imam Mahdi yang baru diterima tuhan.