r1

Search This Blog

Thursday, March 4, 2021

RAHSIA KENAPA ALAM SEMESTA SANGAT LUAS DAN TERLALU LUAS

 Alam semesta terlalu luas untuk dijangkau manusia. Tuhan jadikan alam semesta terlalu luas sedangkan makhluk hanya ada di pusat alam semesta iaitu bumi sahaja. Tujuannya adalah supaya makhluknya tidak boleh keluar dari alam dan kerana jika dapat keluar dari alam semesta mereka akan berjumpa Tuhan Maha Besar pencipta mereka. Tuhan tidak mahu ini berlaku lalu jadikan alam sangat luas dan pinggirnya sangat jauh dari bumi dan tidak tercapai oleh teleskop dan probe yang dihantar manusia.




Sunday, February 28, 2021

ADA NABI SELEPAS NABI MUHAMMAD?

 Selepas nabi Muhammad ada nabi yang telah lahir antaranya Nostradamus , nabi orang peranchis yang lahir pada tahun 1503. dia adalah nabi yang benar dan bukan sahaja peramal. Dan ada lagi nabi lahir selepas itu dan nabi yang terbesar dan merupakan raja nabi-nabi adalah imam mahdi.

Hadis yang mengatakan tiada nabi selepas nabi Muhammad bukanlah tidak benar. Apa yang hadis nabi itu maksudkan adalah tiada nabi selepas nabi Muhammad yang sama dengan nabi terdahulu yang maksum sepenuhnya kerana nabi selepas nabi Muhammad tidak maksum.




Sunday, January 31, 2021

TUGAS NABI ISA

 Turunnya nabi Isa ke dunia dengan dua tugas iaitu membunuh Dajjal dan membunuh Yakjuj Makjuj. Nabi Isa membunuh Dajjal dengan memenggal kepala Dajjal dengan pedang dan membunuh Yakjuj Makjuj dengan doa kepadaNya. Tugas nabi Isa adalah membantu imam Mahdi kerana zaman ini adalah zaman pemerintahan imam Mahdi yang diperintah melalui pemerintah dunia iaitu adiknya yang dalam hadis digelar sebagai Al Qohtoni yang juga pahlawan keramat terbilang. Tetapi 20 tahun pertama dan 700 tahun terakhir dunia diperintah oleh imam Mahdi sendiri. Al Qohtoni hanya mula memerintah dunia selepas kiamat kecil sehingga 1300 tahun lamanya.


Selepas tugas nabi Isa selesai dia pun datang berjumpa dengan imam Mahdi dan mengatakan dia telah puas hidup dan tiba masanya untuk dia pergi , lalu imam Mahdi pun membunuh nabi Isa.


Dunia terus berlalu untuk menuju kiamat besar.




Tuesday, January 26, 2021

DAJJAL BERMATA SATU?

 Dajjal adalah manusia , Matanya sebelah buta (tiada bebola mata) dan sebelah lagi celik seperti manusia biasa. Bukannya bermata satu. Dia lahir buta sebelah dan bukannya buta sebelah mata disebabkan oleh Dukhan. Tidak seperti yang diperkatakan oleh ustaz-ustaz di media sosial dan youtube bahawa Dajjal menjadi buta disebabkan oleh peristiwa dukhan.


Dajjal yang kami semua jumpa matanya memang sebelah buta. Dan dia tidaklah terlalu hodoh seperti yang diperkatakan dalam hadis yang mungkin merupakan hadis palsu. Ustaz-ustaz di media sosial yang jahil mereka-reka cerita yang tidak benar dan menyesatkan. 




Monday, January 25, 2021

DUKHAN BERLAKU BILA?

Dukhan tidak akan berlaku pada masa ini atau masa hadapan. . Tidak ada dukhan. Ustaz-ustaz yang menerangkan tentang peristiwa kiamat tersilap sebenarnya. Dukhan hanya akan berlaku pada hari berlakunya kiamat selepas sangkakala kedua ditiup. Banyak hadis tentang kiamat, imam mahdi dan dajjal sebenarnya hadis palsu dan tersimpang jauh dari kebenaran.




Tuesday, January 12, 2021

PEDANG ALLAH @PEDANG ZAT TUHAN

 Imam Mahdi memiliki pedang zat tuhan termampat berwarna putih yang bercahaya.Tiada sarungnya. Sangat ringan dan sangat tajam. Boleh memotong dengan sendirinya. Apabila imam Mahdi menghulurkan tangan kirinya memanggil pedang itu, ia akan datang kedalam genggaman tangannya walaupun ia berada jauh disembunyikan di bawah gunung atau peti simpanan kebal. pedang itu digelar PEDANG ALLAH. Tangan kirinya adalah tangan tuhan.