MENGENAI IMAM MAHDI, AJARANNYA DAN KEDATANGAN KIAMAT KECIL DAN KIAMAT BESAR. OLEH: MOHD HAFEZ ABU BAKAR
Wednesday, December 13, 2023
PEMBALASAN
Tuesday, November 28, 2023
ADA BANYAK IMAM MAHDI
Di setiap negara atau daerah akan ada satu imam mahdi. Imam Mahdi ini adalah imam Mahdi kecil peringkat negara atau daerah tersebut. Imam Mahdi kecil ini adalah pelengkap kepada imam Mahdi yang palimg besar iaitu imam mahdi peringkat dunia.
Di kampung Bentong sahaja ada tiga imam mahdi, iaitu imam Mahdi yang paling besar iaitu imam mahdi peringkat dunia, imam Mahdi kecil peringkat dunia dan imam mahdi kecil cawangan kg. Bentong Dalam dan di setiap negara di dunia ada imam Mahdi masing-masing.
Imam mahdi kecil ini membawa satu ciri ataupun kelebihan yang mereka ada, sedangkan imam mahdi yang paling besar memiliki semua ciri-ciri yang ada pada setiap satu imam Mahdi kecil ini.
Imam Mahdi yang paling besar yang paling berkuasa dengan kekeramatan yang paling besar.....
Saturday, November 4, 2023
KUASA HAWA NAFSU TUHAN
Friday, November 3, 2023
JiN BERSUKA RIA DALAM NEREKA DAN IBLIS PULA SUGUL
Jin dan iblis berasa sejuk dan selesa berada di dalam neraka dan berasa panas berada di dalam syurga.
Jin bersuka ria dalam neraka tetapi iblis pula sugul dan tidak berpuas hati kerana ahli neraka sejati di kalangan manusia kebal dan tahan dari api neraka dan berasa selesa berada di dalam neraka.
Ahli neraka sejati adalah manusia yang berada di akhir zaman kedua. Mereka bebas bergerak dan berjalan di dalam neraka. Sedangkan manusia yang hidup pada ketika ini (akhir zaman pertama) bukan ahli neraka sejati dan mereka terbelenggu dengan rantai jika berada di dalam neraka.Mereka juga terseksa dengan api neraka.
Di syurga tiada jin dan iblis, syurga didiami oleh manusia dan bidadari. Di sana manusia lebih cantik dari bidadari.
Tuesday, October 17, 2023
BADAN NERAKA
Setiap individu yang sedang hidup di dunia pada ketika ini mempunyai badan neraka. Badan neraka ini menunggu terbelenggu dengan rantai di dalam neraka menunggu tuannya yang berada dalam badan dunia dan berpindah masuk apabila mati. Kini adalah akhir zaman dan semua manusia tanpa mengira apa agama mereka adalah ahli neraka...Samada islam, kristian, hindu, buddha, yahudi dll semuanya adalah ahli neraka .
PERTEMPURAN KASIH SAYANG vs PERTEMPURAN CINTA vs PERTEMPURAN DENDAM
Ada banyak sebab berlakunya pertempuran sama ada kerana cinta atau pun dendam. Pertempuran kerana kehilangan orang yang dikasihi memakan korban yang paling besar berbanding kerana kehilangan orang yang dicintai ataupun kerana lain-lain dendam.
Kasih sayang adalah kuasa terbesar dan yang kedua adalah kuasa cinta. Kedua-dua kuasa ini adalah kuasa terbesar berbanding kuasa pelbagai keramat yang kami ada.Kasih sayang adalah suci sedangkan cinta mesti bercampur dengan nafsu.
Kedua-dua kuasa ini dimiliki oleh semua umat manusia....



