r1

Search This Blog

Thursday, November 25, 2021

HIDUP ZAMAN-BERZAMAN

 Zaman-berzaman imam Mahdi, isteri-isterinya dan para pengikutnya yang masih tinggal hidup dan meneruskan kehidupan dunia. Di awal zaman imam Mahdi mempunyai hampir 50 000 orang isteri menemani hidupnya dan menceriakan hidupnya dengan karenah mereka yang pelbagai agar tidak jemu hidup di dunia kerana tugasnya meramaikan manusia untuk menduduki syurga masih panjang.Tetapi ada ramai antara isteri-isterinya telah berasa terlalu lama hidup di dunia dan telah puas menikmati hidup dan berasa tidak mahu hidup lagi. Mereka merancang membuat imam Mahdi marah agar membunuh mereka. Sebelum mereka pergi selamanya mereka mengucapkan selamat tinggal kepada madu mereka masih yang terus berada di dunia. Imam Mahdi berasa kesal dan kerinduan kepada isteri-isterinya yang telah dia bunuh, tetapi masa berlalu dan dia dapat mengatasi perasaan tersebut dan terus hidup bersama isteri-isteri yang lain. Ramai juga isterinya dibunuh oleh pahlawan keramat lain kerana dendam mereka kepada imam Mahdi, ramai juga yang terbunuh dalam pertempuran para pahlawan keramat terbilang dan terhebat.


Pada saat hampir tibanya kiamat, kira-kira 2000 tahun lagi dia masih mempunyai 7000 orang isteri dan 14000 orang pengikut.


Mereka hidup zaman-berzaman, melihat zaman berubah dan berganti. Melihat manusia dan kenalan baru mereka datang dan pergi bersama zaman. Manusia silih berganti. Jauh di hati kecil mereka ada kesedihan dan kerinduan pada mereka yang telah pergi.


Mereka harus tabah menunggu datangnya kiamat besar dan menyelesaikan tugas mereka di dunia iaitu MERAMAIKAN PENDUDUK SYURGA.  





 

Monday, April 26, 2021

KELEBIHAN PARAWALI

Parawali juga memiliki keramat pertempuran. Parawali zaman baharu memiliki darjat yang tinggi. Mereka tidak boleh dibunuh oleh sesiapapun kecuali oleh imam mahdi. Pertempuran pahlawan keramat biasanya membunuh berjuta-juta nyawa manusia tetapi parawali tidak terkesan dan tidak akan mati dengan cara ini. parawali hanya mati apabila dibunuh oleh imam Mahdi. Merekalah yang menongkat dunia.





KEHORMATAN FAZILAH WANITA PERTAMA DUNIA

 Fazilah sentiasa dikawal oleh malaikat pelindung sepanjang masa. Di awal zaman dia juga dikawal oleh parawali penjaga yang tidak boleh dibunuh oleh sesiapapun walaupun pahlawan keramat. Fazilah tidak boleh disentuh oleh mana-mana lelaki pun samada secara paksa atau sukarela kecuali imam Mahdi. Fazilah juga boleh menggunakan keramat pertempuran.






Wednesday, April 21, 2021

PERTEMPURAN PARA RAJA MALAIAT MAUT

Para pahlawan keramat terbilang juga dikenali dengan nama para raja malaikat maut kerana kuasa pertempuran mereka yang membawa kemusnahan secara besar-besaran.  Mereka terdiri dari 7 hingga 8 orang.


Setiap 100 -200 tahun imam mahdi akan mencabar salah seorang dari mereka untuk membunuh mereka. Pertempuran yang menyebabkan kematian berbilion manusia pada ketika itu. kadang-kadang mereka juga bertempur dengan pemerintah dunia. Dalam tempoh seribu tahun mereka semua telah habis dibunuh oleh imam mahdi. Imam Mahdi adalah pahlawan keramat terunggul setelah kematian semua pahlawan keramat. 

Dia seorang sahaja yang tinggal. 






Friday, April 16, 2021

PERTEMPURAN PEMERINTAH DUNIA DAN RAJA DUNIA

 Pertempuran pertama antara pemerintah dunia dan raja dunia berlaku apabila pemerintah dunia mahu merebut kuasa dan menggulingkan raja dunia (imam mahdi). Pertempuran yang sengit berlaku menggunakan keramat pertempuran dan mengorbankan beberapa belas bilion manusia pada waktu itu, hampir separuh permukaan bumi musnah.


kerana terlalu marah imam Mahdi hampir sahaja bertukar batinnya menjadi raja malaikat maut dan hampir sahaja membunuh pemerintah dunia. Pada serangan terakhir setelah mengunci pemerintah dunia pada  dinding bangunan imam mahdi telah disedarkan semula oleh isterinya fazilah, dan imam Mahdi menarik balik serangannya dan tidak jadi membunuh pemerintah dunia yang telah muntah darah akibat di kunci dan Fazilah pun dengan secepat kilat memulihkan dan mengubati pemerintah dunia dengan keramat penyembuhan.

jika serangan terakhir dilepaskan pasti pemerintah dunia mati.


Imam mahdi dan isterinya berlalu dari situ.


Thursday, April 15, 2021

KEBERADAAN ISTANA SYURGA DUNIA SEMASA

 Istana imam Mahdi dan isteri-isterinya pada pada ketika artikel ini ditulis adalah berada di laut china selatan dalam perjalanan ke kg bentong dari kutub utara. Ia tersembunyi dari pandangan tetapi masih boleh dilihat jika bernasib baik dan ada rezeki.


Pada hari istana ini sampai ke destinasinya adalah hari imam Mahdi mati dan dihidupkan kembali oleh pengikutnya yang terdiri dari parawali dan doktor terlatih. Jika mereka gagal,  7 hari kemudian dunia akan kiamat. Mereka hanya mampu bertahan selama 3 hari membedah imam Mahdi.

Masanya sudah tidak lama lagi.

Insyaallah.