Search This Blog

Wednesday, May 9, 2012

SEJAUH MANAKAH FATWA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN YANG MENGHUKUM PERHIMPUNAN YANG TIDAK BERNIAT BAIK (BERSIH 3.0) ADALAH HARAM ADALAH BENAR?

Adakah fatwa dikeluarkan oleh majlis fatwa adakah benar-benar bebas dan tidak dipengaruhi oleh kerajaan? Dan sejauh manakah kebolehpercayaan dan boleh dipakai dan diterima fatwa tersebut? Perkara inilah yang akan dibincangkan di sini hari ini.

Pertama sekali kebanyakan fatwa yang dikeluarkan adalah mengikut dasar dan kehendak kerajaan. Dengan ini fatwa itu tidak bebas dan hanya demi kepentingan dasar kerajaan dan ia boleh dipertikaikan. kebanyakan fatwa yang dikeluarkan adalah menghukum haram. Sebanyak manakah haramnya perkara tersebut? Jika haram apakah hukumannya di akhirat kelak? Berapa lamakah akan duduk dalam neraka (seribu tahun atau sejuta tahun?) untuk dihukum dan berapakah lama akan dibeduk atau dipukul malaikat. Dalam islam jika haram akan ada hukumannya yang disebut atau diterangkan yang akan diterima di akhirat kelak. Jika mengatakan haram sahaja tanpa hukuman di akhirat kelak maka pengharaman perkara tersebut adalah tidak jelas dan tidak sah dan mungkin hanya untuk  kepentingan duniawi sahaja dan bukan hukum islam sebenar!! Sesuatu hukum dalam islam adalah untuk dunia dan akihirat tetapi jika hanya untuk dunia sahaja maka ia bukannya hukum sebenar dan tidak sah!!

Sejauh manakah para ulama mendokong dan mengagungkan islam jika hukum fatwa mereka hanyalah untuk kepentingan kerajaan sahaja. Maka mereka tidak layak dipanggil ulama sebenar!! Sedangkan tugas ulama sebenar adalah memelihara islam dan mempertahankannya sebagai pewaris para nabi.

Jika ulama yang mengeluarkan fatwa bahawa Bersih 3.0 dan lain-lain perkara yang baru yang telah diharamkan, maka saya cabar untuk menyatakan hukuman yang akan dikenakan ke atas mereka di akhirat kelak jika mereka benar-benar ikhlas mengeluarkan hukum!!! 

Lihat artikel lain di blog ini atau lawati atau http://imam-mahdi.zxq.net 


AL MAHDI AL MUNTAZAAR

No comments: