Search This Blog

Sunday, June 9, 2013

DOSA BATIN ATAU DOSA ZAHIR?



Apakah maksud kedua-dua jenis dosa ini? Dosa zahir adalah perbuatan zahir yang menyalahi agama seperti meninggalkan sembahyang, mencuri, membunuh, merogol, memukul orang atau binatang mengumpat dengan lidah, mengata atau menyakiti perasaan orang lain dengan mulut, memfitnah dengan kata-kata dan banyak lagi. Dosa batin pula dilakukan dengan hati atau perasaan seseorang, seperti mengumpat, memfitnah dan mengata dengan hati (cakap-cakap batin), melemparkan perasaan serong dengan perasaan terhadap seseorang, ‘membuat’ dan merosakkan batin seseorang serta mengkufurkan batin dan hati orang lain.





Dosa zahir adalah jelas dan mudah dilihat dan dihukum(jika boleh dihukum di dunia), tetapi dosa batin sukar dilihat atau dihukum di dunia, tetapi hukuman akhirat tidak akan terlepas. Jika jika ada orang mengatakan dosa batin seperti mengumpat dengan hati atau mengkufurkan orang tidak berdosa, mereka sebenarnya tersilap atau telah sesat atau mereka mungkin kafir atau ahli neraka. Bagi orang yang ingin masuk syurga dosa batin tetap sama besar dosanya dengan dosa zahir. Jika ingin masuk syurga harus menjaga hati dan batinnya dari kerosakan dan menjauhi dosa zahir dan dosa batin. Dosa batin sebagai mana dosa zahir terakam dan tercatat dalam buku catatan amal kebaikan dan kejahatan manusia. Bermakna ia akan mendapat balasan juga di akhirat.


Dalam banyak-banyak dosa batin, dosa batin yang paling besar adalah dosanya adalah  ‘membuat’ orang (merosakkan dan mengkufurkan hati dan batin orang lain).  Ini adalah kerana ia merosakkan dalaman dan rohaniah seseorang yang penting untuk kehidupan dunia dan hubungan dengan tuhan. Hati dan batin yang rosak atau kufur menghasilkan perbuatan yang merosakkan dan kufur jua. Kerana hati dan batin seseorang itu yang mengawal otak dan tingkah-laku seseorang. Hati yang rosak menghasilkan sesuatu yang rosak. Mengkufurkan seseorang boleh mengakibatkan seseorang itu hingga menjadi kafir. Dan kafir adalah masuk neraka. Orang melayu terutamanya perempuan-perempuan melayu gemar mengkufurkan antara satu sama lain. Perempuan melayu mengkufurkan hati buah hatinya sebelum berkahwin.



Pada zaman imam Mahdi orang yang suka mengkufurkan hati dan batin orang lain akan dibunuh. Imam Mahdi datang untuk MENGHAPUSKAN KEKUFURAN HATI MANUSIA!!!!!.




AL MAHDI AL MUNTAZAAR

No comments: